Korea ke kita...
Hari ketiga di bumi sonata adalah hari paling ditunggu kerana kami akan pergi ke Nami Island(Naminara Republic). Siapa yang tak excited nak pergi melawat tempat penggambaran drama popular Winter Sonata. Seperti biasa kami bersarapan di hostel dan singgah sebentar di GS25(macam 7 eleven) untuk menambah topup kad subway kami sebanyak 5000 won. Tour guide kami Alya beritahu untuk jumpa di stesen Cheongnyangi dan bagi kami direction untuk pergi sendiri. Mula-mula tu cuak juga, yela tak biasa naik train di negara orang takut tersilap jalan sebab janji dengan Alya untuk bertemu pada pukul 10 pagi.
|
Jalan kaki ke subway |
|
Screenshot apps subway ke stesen Cheongnyangni. Senang je guna apps ni |
|
Tunggu ITX pergi stesen Gapyeong |
|
Bertemu Alya di sini |
Dengan map yang diberi kami berjaya juga sampai di stesen Cheongnyangi pada pukul 9.30 pagi. Sempatlah juga kami menangkap gambar dan masuk ke Lotte Mall mencuci mata dalam stesen tersebut. Dalam jam 11.15 baru kami bergerak menaiki ITX ke stesen Gapyeong. Nami island ni kira berada dalam kawasan perkampungan nelayan macam tu sebab tu terpaksa naik train dan tukar train ke ITX. Dari stesen Gapyeong baru naik teksi atau bus untuk pergi ke Nami island.
|
Vendor mesin dekat subway |
|
Menunggu train |
|
Dalam ITX(train) |
Setelah sampai ke stesen Gapyeong, kami menunggu teksi untuk ke Nami island dengan bayaran 1 teksi 3500 won sehala macam tu. Tak jauh pun stesen Gapyeong dengan Nami island kira-kira 10 minit naik teksi. Oh ya kalau naik teksi mestila paling ramai pun 4 orang sahaja tau. Sudah sampai di jeti, Alya tolong belikan tiket feri dan sekali tiket masuk ke Naminara dengan harga 8000 won seorang. Ada 2 alternatif korang nak pergi ke Naminara samada naik feri atau zip wire(macam flying folk). Cuma 10 minit kalau naik teksi dan guna zip wire dalam 3 minit sampai dah Naminara.
|
Yeah sudah sampai stesen Gapyeong |
|
Dalam teksi |
Masa kami sampai Naminara, pokok-pokok masih rentung dan ada sikit je bunga. Cuaca yang sejuk dan berangin membuatkan kami kelaparan. Kami berjalan mencari kedai makan dalam kawasan pulau Nami. Jangan risau semua ada disini termasuk surau. Alya membawa kami makan nasi goncang yang popular di kalangan orang Malaysia. Memang sedap dan habis makanan yang kami order. Nasi goncang tu harga dalam 5 500 won satu dan pancake seafood 10 000 won satu tapi kami semua berkongsi makan jadi takda lah keluar duit banyak.
|
Tiket masuk Naminara |
|
Naik feri ke Naminara |
|
Pintu gerbang Pulau Nami |
|
Laluan dikelilingi pokok |
|
Apa khabar |
|
Bunga cantik |
|
Panorama Naminara |
|
Girls Generation |
|
Naminara |
|
Naminara |
|
Makan tengahari nasi goncang |
|
pancake seafood |
|
Gambar penggambaran drama Winter Sonata |
Selepas makan tengah hari, kami berjalan-jalan mengelilingi pulau. Korang ada 3 pilihan untuk pusing-pusing pulau pertama jalan kaki(jimat duit), naik basikal(sewa dalam 10 000 won) dan naik train(macam train pergi fun fair tu). So pilihan saya adalah jalan kaki kahkah! jimat duit. Well, jalan kaki pun best dapat singgah makan aiskrim. Hahahaha! Aku ni banyak ngelat sebab singgah kedai je nak beli makanan. Bukan sebab lapar tapi suka nak makan benda yang tiada di Malaysia. Sempatlah aku beli aiskrim perasa melon. Huh, sedapnye sampai kau akan kata takkan dapat di Malaysia rasa sebiji macam ni. Lepas tu, beli air kopi caramel macchiato harga dalam 3000 won dan hotteok inti gula harga 1000 won tak silap (korean pancake). Memang marvellous wei! Lepas tu aku nampak onni jual pau, huh ape lagi terus beli pau kacang merah harga pun murah 1000 won(ala-ala Rm1). Sedap makan pau panas-panas. Dalam jam 3.30 petang kami gerak balik naik feri ke stesen Gapyeong untuk kejar ITX jam 4 petang.
|
Manjohana |
|
Hotteok(inti gula). Sedap! |
|
Pau kacang merah. Makan panas-panas baru sedap! |
No comments:
Post a Comment