Tuesday 12 February 2013

Mutiara Hidup


Bismillahirahmanirahim


Berkecamuk hati untuk ke berapa kalinya
Kalau boleh biarlah hilang jejak kau
Supaya aku tidak akan menoleh lagi
Jangan dusta saat hati kau bukan untukku

Adakah kau ingin lihat aku jatuh meraung
Oh tidak!kau tidak akan dapat melihatnya lagi
Kerana hatiku sudah mati dan hitam untuk kau sahaja

Tak perlu kesal dan mengimbaunya
Kerana terasa jijik dan kotor
Dengan segala manisan itu

Tiada rahsia untukku terus gagah berdiri
menepis dugaan cinta lelaki
melainkan pada sebuah prinsip yang merantai diri

Hanya perlu cinta ILAHI