Wednesday 26 June 2013

Suara Aku

Assalammualaikum

Aku bukan mengeji atau mengkritik tapi aku ada hak sebagai rakyat Malaysia. Sejujurnya aku rimas dengan pendatang yang terlalu banyak. Banyak yang datang minta sedekah sampai merimaskan bila nak keluar rumah. Maaf, aku bukan kedekut untuk sedekah tetapi sampai bila??kami pun perlukan duit untuk  menampung keluarga. Keluarga adalah yang pertama dan peminta sedekah adalah yang terkemudian.

Disebabkan ini banyak rakyat Malaysia tiada pekerjaan. Kita dapat lihat permainan masyarakat yang mengambil pekerjaan asing sebab upah murah berbanding rakyat Malaysia. Kalaulah terus macam ini, baik tak payah digelar Malaysia. Tolonglah hantar balik pendatang ini untuk belia-belia muda bekerja. Takkan belia muda duduk dalam penjara atau rumah perlindungan sahaja.

Aku sayang Malaysia kerana inilah tumpah darahku,jangan lebihkan pendatang lain yang hanya mendatangkan masalah sosial.


Tuesday 11 June 2013

Tanyalah Hati

Assalammualaikum


Wahai manusia yang punya hati selembut sutera macam daku, apa khabar dikau? daku harap dikau baik-baik sahaja. Bagaimana hubungan dikau dengan pasangan?daku harap baik-baik sahaja. Maaflah daku sudah lupa untuk bercinta kerana terlalu taksub mengejar keinginan dan kekuatan diri.

Daku berharap jika hati daku berdebar melihat dikau,maka aura dikau akan menyerap ditubuhku. Tapi tidak semudah itu, walaupun dikau sangat kacak bergaya gagah perkasa tidak semestinya daku akan tertarik.
Begitu pelik mainan hati tapi itulah kenyataan. Seperti juga wanita yang cantik lagi jelita tapi tidak semestinya menjadi pilihan dikau.

Hai hati bagaimana daku boleh jatuh cinta tergolek-golek. Daku mohon pada dikau-dikau tolonglah selamatkan daku daripada setan-setan yang jahat. Daku ingin dikau yang boleh membawa daku ke jalan yang diredhai Pencipta. Bukan ustaz atau alim ulama tapi hanyalah insan berhati mulia. Jangan tanya mengapa daku menyintai menyayangi dikau, kerana tiada sebab yang paling jelas untuknya.