Thursday 2 March 2017

Travel Ke Bumi Kanggaro Part 4


Hari yang cerah dan berangin ini kami pergi ke Coles Supermarket lagi sekali untuk shopping buat kali terakhir. Hehe. Jam 8 pagi kami dah mencanak depan pintu lagipun  Coles memang buka jam 8 pagi. Sudah habis beli coklat dan buah kami balik ke rumah. Barang-barang sudah kami kemas dan simpan dalam beg bagasi. Flight kami ke Malaysia jam 4.50 petang. Jadi boleh lagi singgah untuk menghabiskan masa di Perth City.

Botanic Garden Kings Park

Selfie first

Bandar Perth

:)

Triplets





Belakang tu Elizabeth Quay


Tanah Melayu pun ada kat Kings Park




Kak Nora bawa kami ke Kings Park yang terbesar di Asia Tenggara. Memang luas dan besar, rasa 1 hari pun tak habis berjalan semua tempat. Kami bergambar sepuasnya di sini dengan suasana yang nyaman. Selepas itu, kami gerak ke Blueboat House yang terkenal kalau pergi ke Perth. Blueboat House ni berhadapan dengan rumah iaitu Crawley. Rumah di sini pun cantik dan macam mewah. Sudah posing depan rumah biru ni kami gerak lalu di UWA iaitu Universiti Western Of Australia. Memang cantik senibina dia tapi kami tak sempat bergambar sebab nak gerak ke airport.

Fefeling nak kawin tak lama lagi:)

Seketul rumah biru



Travel Buddies 





Sampai di Airport jam 12 lebih tengah hari. Jadi kami pergi timbang luggage dulu takut-takut terlebih muatan. Hehe. Kami pun mencari surau untuk solat jama' zohor dan asar. Alhamdulilah semua berjalan lancar. Surau dia memang selesa siap ada tempat wuduk tapi kena campur lelaki perempuan. Pandai-pandailah bertolak ansur ye. Selepas itu, kami pun check in dan selesai melepasi imigresen Australia. Memang mereka tegas tapi kita lah kene ikut peraturan yang di tetapkan. Pergi negara orang mestilah ikut undang-undang sana kan:)




Dalam surau

Luar surau ada lambang 




Ruangan menunggu





Wajib book siap-siap sebab lapar. Dekat aiport tak jumpa kedai halal

Peta jadi teman baik


Selamat tinggal bumi Perth, Australia. Bumi yang damai dan jauh dari kesibukan kota.

Nota : TIKET FLIGHT = RM917.08(TERMASUK INSURANS + LUGGAGE PERGI BALIK)

           TEMPAT TINGGAL = 210AUD (4H3M) SHARE SEORANG 70AUD

           DAY TOUR GUIDE = 60AUD TAK TERMASUK MAKAN DAN FEE

           DUIT BELANJA YANG SAYA BAWA = 500AUD SAHAJA(RM1690)                                                                                        
                                                                               
           TOTAL SEMUA =RM2607.08

Travel Ke Bumi Kanggaro Part 3


Hari berikutnya kami ke area Swan Valley dan Margaret River. Swan Valley ni kawasan dia luas dan besar ala-ala macam daerah country town. Kami gerak ke Caversham Wildlife dulu pada pukul 8 pagi dengan menaiki kereta kak Nora. Kak Nora jadi tour guide kami untuk hari ini. Hehehe. Sampai di Caversham jam 9 pagi dan orang pun tak ramai lagi. Nasihat saya kalau korang nak pergi lebih baik waktu pagi sebab orang tak ramai dan tak berebut. Kangaroo pun masih aktif dan lapar waktu pagi. Jadi bestla untuk korang bagi makanan dan bermesra bersama kangaroo. Macam-macam aktiviti boleh buat contoh bagi kangaroo makan, tangkap gambar bersama wombat, tengok show, dan bergambar bersama koala yang comel giteww. Bagi pencinta binatang masa inilah korang dapat berjumpa face to face binatang yang tiada jumpa di Malaysia.

Pintu masuk Caversham

Kangaroo


Peta 

Program yang disediakan




Farm show


Bersama Wombat


Koala bear


Selepas puas bergambar di Caversham kami bergerak ke  Chocolate Factory di Margaret River. Margaret River nama tempat bukan bermaksud kilang coklat tu sebelah sungai tau. Harap maklum, hehe. Ramai orang ingat kilang coklat tu sebelah dengan sungai. Korang boleh cuba coklat yang percuma banyak kali. Memang sedap coklat dia dan ada 3 perasa iaitu dark chocolate, vanila dan chocolate. Di sini boleh jugak membeli coklat sebagai cenderahati dan bermacam-macam jenis. Korang nak lepak minum pun boleh tapi cek dulu halal ke tak. Coklat pun ada yang tak halal sebab letak rum. Jadi baca dulu tau bahan-bahan dia. Jangan malas membaca:) Kami beli aiskrim 2 scoop 6aud. Tergoda pula tengok aiskrim dia lagi-lagi musim panas macam ni.

Chocolate

Bersama kak Nora



Menikmati aiskrim
Selesai menggemukkan diri, kami bergerak ke ladang lebah. Banyak madu yang di jual dan memang tak sama rasa madu Australia dan Malaysia. Ada kelainan di situ ye. Dah try madu, kami ke ladang anggur. Wow first time tengok ladang anggur seluas mata memandang. Hehe. Mostly mereka gunakan anggur untuk buat wine, tapi kita muslim jadi haram untuk minum. Tepuk dada tanyalah iman. Anggur dia memang sedap dan manis. Tapi yang penting crunchy tau. Ranum orang kata. Saya beli anggur sekilo harga 4 aud untuk bawa pulang ke Malaysia.

Ladang anggur

Sedap dan Manis

Jam pun dah menunjukkan pukul 2.30 petang. Perut pun lapar masing-masing. Jadi kak Nora bawak kami makan tengah hari di kedai berdekatan dengan Charcoal Chicken Daniella yang terkenal tu. Cuma kami tiada rezeki nak makan di situ sebab kedai tutup, jadi makan kedai berhadapan dengannya. Itupun sedap tau, kami order set family yang ada nasi arab bersama ayam seekor dan air botol besar berharga 24.60 aud tak silap.
Memilih menu

Lunch kami share 3 orang


Sudah kenyang makan kami gerak ke Perth City untuk pergi ke Chemist Warehouse di Belmont. Wah tak sabar nak borong perfume. Sampai di Chemist jam 4 petang dan perlu diingatkan korang mesti guna masa sebaiknya sebab kedai di sini memang tutup jam 5 petang. Tepat jam 5 petang kami setel semua barang shopping dan gerak balik ke Armadale. Malam kami hanya relax dan lepak di rumah.

Chemist Warehouse

Murah tengah promo
Banyak jenis






Wednesday 1 March 2017

Travel Ke Bumi Kanggaro Part 2

Sambungan dari Part 1.


Hari seterusnya kami bangun awal dalam 5 pagi dan cuaca cerah pada hari itu. Dekat Perth subuh masuk jam 4 lebih pagi. Walaupun sama masa dengan Malaysia tapi sana matahari naik dulu. Ok, dah bangun pagi kami bersarapan nasi lemak yang di masak kak Nora. Fuh, memang sedap jadi takdelah rindu makanan Malaysia di sana. Hehehe. Selesai sarapan kami berjalan kaki ke Coles dalam 5 minit. Rumah kak Nora ni dekat dengan Coles yang macam supermarket Tesco kalau dekat Malaysia. Barang-barang basah sana ada mahal ada murah. Tapi mostly murahlah cuma janganlah convert ye. Contoh kami shopping coklat cadbury, tim tam, forrero rocher dan lain-lain. Memang murah dan promo 2 bungkus tam tam 5 aud ala-ala macam rm5. Hahaha.

depan rumah kak Nora

murah-murah

air dare sedap 2.85aud

Coles supermarket

Sudah borong coklat kami pun naik train dari Armadale ke Perth City dalam 30 minit macam tu untuk pergi ke Fremantle. Misi kami hari ini ialah ke Fremantle dan Elizabeth Quay. Seperti biasa kami ambil day rider pas 12.40 aud. Jadi tak payahlah nak fikir beli tiket tiap kali naik train. Sampai di Fremantle kami ke Fremantle Market. Hanya jalan kaki dari Fremantle Station ke Fremantle Market. Gigih kami berjalan di lorong-lorong kedai. Kami melihat peta dan apps map sahaja. Tengok-tengok dah sampai. Senang sahaja kan jadi backpackers ni. Cuma kena pandai baca maps dan study sebelum pergi. Ramai orang di Fremantle Market sebab banyak street food di sini. Buah-buahan pun ada jual dan murah. Cenderahati pun ada jual di sini cuma mahal sikit. Kira Fremantle ni bandar lama dan penuh nostalgia.


Fremantle station


Jalan-jalan
Baca map


Fremantle market

Dalam fremantle market
Buah-buahan







Depan fremantle market



Selepas itu, kami pun naik Cat Bus warna Biru untuk ke Esplanade Park. Di kawasan tu macam-macam ada. Korang boleh beriadah dan chill bersama keluarga dan kawan. Tempat makan pun ada. Memang dekat je dengan Cicerol dan Kailis fish n chips. Kami pilih Kailis dan masa tu memang ramai orang datang lunch. Fremantle Harbour tu memang di Kailis lah. Memang best pemandangan dan langit biru cerah. Tak payah edit bila tangkap gambar.  Makanan kami beli pun fish n chips dan squid n chips. Kami share 3 orang sebab banyak hidangan dia.


Esplanade Park

Baring atas rumput

Esplanade Park






Kailis

Squid n chips

Fish n chips


Fremantle Harbour




Sudah kenyang makan kami pun berjalan kaki ke Eshed Market iaitu tempah shopping cenderahati murah. Kami pergi cari kedai Megabes dan Aussin sahaja. Aussin kedai dia lebih besar dan banyak pilihan. Lama kami singgah di situ memilih barang. Duit pun dah kurang jadi kami pun balik ke Fremantle Station. Kami pulang naik train kembali ke Perth City.






Kedai aussin dia bagi guna RM


pandailah bajet ye

selamat membeli

owner dia Indonesia



Sampai Perth Station kami pergi ke Platform 2 untuk pergi ke Elizabeth Quay. Masa tu di Elizabeth Quay macam ada event jadi memang lewat petang tu ada parti berdekatan Ferry. Kami jalan-jalan di Swan River tapi tak sempat naik ferry sebab masa pun tak banyak. Selepas ambil angin dan tangkap gambar kami pun naik train semula untuk balik ke Perth Station. Dari Perth Station kami pun naik train balik ke Armadale. Memang senang nak hafal train di sini. Kami lebih suka naik train dari bas. Hehehe. Malam kami hanya berehat dan menonton tv sahaja sebab kedai pun jam 5 petang dah tutup.


Elizabeth Quay