Hari seterusnya kami bangun awal dalam 5 pagi dan cuaca cerah pada hari itu. Dekat Perth subuh masuk jam 4 lebih pagi. Walaupun sama masa dengan Malaysia tapi sana matahari naik dulu. Ok, dah bangun pagi kami bersarapan nasi lemak yang di masak kak Nora. Fuh, memang sedap jadi takdelah rindu makanan Malaysia di sana. Hehehe. Selesai sarapan kami berjalan kaki ke Coles dalam 5 minit. Rumah kak Nora ni dekat dengan Coles yang macam supermarket Tesco kalau dekat Malaysia. Barang-barang basah sana ada mahal ada murah. Tapi mostly murahlah cuma janganlah convert ye. Contoh kami shopping coklat cadbury, tim tam, forrero rocher dan lain-lain. Memang murah dan promo 2 bungkus tam tam 5 aud ala-ala macam rm5. Hahaha.
depan rumah kak Nora |
murah-murah |
air dare sedap 2.85aud |
Coles supermarket |
Sudah borong coklat kami pun naik train dari Armadale ke Perth City dalam 30 minit macam tu untuk pergi ke Fremantle. Misi kami hari ini ialah ke Fremantle dan Elizabeth Quay. Seperti biasa kami ambil day rider pas 12.40 aud. Jadi tak payahlah nak fikir beli tiket tiap kali naik train. Sampai di Fremantle kami ke Fremantle Market. Hanya jalan kaki dari Fremantle Station ke Fremantle Market. Gigih kami berjalan di lorong-lorong kedai. Kami melihat peta dan apps map sahaja. Tengok-tengok dah sampai. Senang sahaja kan jadi backpackers ni. Cuma kena pandai baca maps dan study sebelum pergi. Ramai orang di Fremantle Market sebab banyak street food di sini. Buah-buahan pun ada jual dan murah. Cenderahati pun ada jual di sini cuma mahal sikit. Kira Fremantle ni bandar lama dan penuh nostalgia.
Fremantle station |
Jalan-jalan |
Baca map |
Fremantle market |
Dalam fremantle market |
Buah-buahan |
Depan fremantle market |
Selepas itu, kami pun naik Cat Bus warna Biru untuk ke Esplanade Park. Di kawasan tu macam-macam ada. Korang boleh beriadah dan chill bersama keluarga dan kawan. Tempat makan pun ada. Memang dekat je dengan Cicerol dan Kailis fish n chips. Kami pilih Kailis dan masa tu memang ramai orang datang lunch. Fremantle Harbour tu memang di Kailis lah. Memang best pemandangan dan langit biru cerah. Tak payah edit bila tangkap gambar. Makanan kami beli pun fish n chips dan squid n chips. Kami share 3 orang sebab banyak hidangan dia.
Esplanade Park |
Baring atas rumput |
Esplanade Park |
Kailis |
Squid n chips |
Fish n chips |
Fremantle Harbour |
Sudah kenyang makan kami pun berjalan kaki ke Eshed Market iaitu tempah shopping cenderahati murah. Kami pergi cari kedai Megabes dan Aussin sahaja. Aussin kedai dia lebih besar dan banyak pilihan. Lama kami singgah di situ memilih barang. Duit pun dah kurang jadi kami pun balik ke Fremantle Station. Kami pulang naik train kembali ke Perth City.
Kedai aussin dia bagi guna RM |
pandailah bajet ye |
selamat membeli |
owner dia Indonesia |
Sampai Perth Station kami pergi ke Platform 2 untuk pergi ke Elizabeth Quay. Masa tu di Elizabeth Quay macam ada event jadi memang lewat petang tu ada parti berdekatan Ferry. Kami jalan-jalan di Swan River tapi tak sempat naik ferry sebab masa pun tak banyak. Selepas ambil angin dan tangkap gambar kami pun naik train semula untuk balik ke Perth Station. Dari Perth Station kami pun naik train balik ke Armadale. Memang senang nak hafal train di sini. Kami lebih suka naik train dari bas. Hehehe. Malam kami hanya berehat dan menonton tv sahaja sebab kedai pun jam 5 petang dah tutup.
Elizabeth Quay |
No comments:
Post a Comment