Hari berikutnya kami ke area Swan Valley dan Margaret River. Swan Valley ni kawasan dia luas dan besar ala-ala macam daerah country town. Kami gerak ke Caversham Wildlife dulu pada pukul 8 pagi dengan menaiki kereta kak Nora. Kak Nora jadi tour guide kami untuk hari ini. Hehehe. Sampai di Caversham jam 9 pagi dan orang pun tak ramai lagi. Nasihat saya kalau korang nak pergi lebih baik waktu pagi sebab orang tak ramai dan tak berebut. Kangaroo pun masih aktif dan lapar waktu pagi. Jadi bestla untuk korang bagi makanan dan bermesra bersama kangaroo. Macam-macam aktiviti boleh buat contoh bagi kangaroo makan, tangkap gambar bersama wombat, tengok show, dan bergambar bersama koala yang comel giteww. Bagi pencinta binatang masa inilah korang dapat berjumpa face to face binatang yang tiada jumpa di Malaysia.
|
Pintu masuk Caversham |
|
Kangaroo |
|
Peta |
|
Program yang disediakan |
|
Farm show |
|
Bersama Wombat |
|
Koala bear |
Selepas puas bergambar di Caversham kami bergerak ke Chocolate Factory di Margaret River. Margaret River nama tempat bukan bermaksud kilang coklat tu sebelah sungai tau. Harap maklum, hehe. Ramai orang ingat kilang coklat tu sebelah dengan sungai. Korang boleh cuba coklat yang percuma banyak kali. Memang sedap coklat dia dan ada 3 perasa iaitu dark chocolate, vanila dan chocolate. Di sini boleh jugak membeli coklat sebagai cenderahati dan bermacam-macam jenis. Korang nak lepak minum pun boleh tapi cek dulu halal ke tak. Coklat pun ada yang tak halal sebab letak rum. Jadi baca dulu tau bahan-bahan dia. Jangan malas membaca:) Kami beli aiskrim 2 scoop 6aud. Tergoda pula tengok aiskrim dia lagi-lagi musim panas macam ni.
|
Chocolate |
|
Bersama kak Nora |
|
Menikmati aiskrim |
Selesai menggemukkan diri, kami bergerak ke ladang lebah. Banyak madu yang di jual dan memang tak sama rasa madu Australia dan Malaysia. Ada kelainan di situ ye. Dah try madu, kami ke ladang anggur. Wow first time tengok ladang anggur seluas mata memandang. Hehe. Mostly mereka gunakan anggur untuk buat wine, tapi kita muslim jadi haram untuk minum. Tepuk dada tanyalah iman. Anggur dia memang sedap dan manis. Tapi yang penting crunchy tau. Ranum orang kata. Saya beli anggur sekilo harga 4 aud untuk bawa pulang ke Malaysia.
|
Ladang anggur |
|
Sedap dan Manis |
Jam pun dah menunjukkan pukul 2.30 petang. Perut pun lapar masing-masing. Jadi kak Nora bawak kami makan tengah hari di kedai berdekatan dengan Charcoal Chicken Daniella yang terkenal tu. Cuma kami tiada rezeki nak makan di situ sebab kedai tutup, jadi makan kedai berhadapan dengannya. Itupun sedap tau, kami order set family yang ada nasi arab bersama ayam seekor dan air botol besar berharga 24.60 aud tak silap.
|
Memilih menu |
|
Lunch kami share 3 orang |
Sudah kenyang makan kami gerak ke Perth City untuk pergi ke Chemist Warehouse di Belmont. Wah tak sabar nak borong perfume. Sampai di Chemist jam 4 petang dan perlu diingatkan korang mesti guna masa sebaiknya sebab kedai di sini memang tutup jam 5 petang. Tepat jam 5 petang kami setel semua barang shopping dan gerak balik ke Armadale. Malam kami hanya relax dan lepak di rumah.
|
Chemist Warehouse |
|
Murah tengah promo |
|
Banyak jenis |
No comments:
Post a Comment