Hari yang cerah dan berangin ini kami pergi ke Coles Supermarket lagi sekali untuk shopping buat kali terakhir. Hehe. Jam 8 pagi kami dah mencanak depan pintu lagipun Coles memang buka jam 8 pagi. Sudah habis beli coklat dan buah kami balik ke rumah. Barang-barang sudah kami kemas dan simpan dalam beg bagasi. Flight kami ke Malaysia jam 4.50 petang. Jadi boleh lagi singgah untuk menghabiskan masa di Perth City.
Botanic Garden Kings Park |
Selfie first |
Bandar Perth |
:) |
Triplets |
Belakang tu Elizabeth Quay |
Tanah Melayu pun ada kat Kings Park |
Kak Nora bawa kami ke Kings Park yang terbesar di Asia Tenggara. Memang luas dan besar, rasa 1 hari pun tak habis berjalan semua tempat. Kami bergambar sepuasnya di sini dengan suasana yang nyaman. Selepas itu, kami gerak ke Blueboat House yang terkenal kalau pergi ke Perth. Blueboat House ni berhadapan dengan rumah iaitu Crawley. Rumah di sini pun cantik dan macam mewah. Sudah posing depan rumah biru ni kami gerak lalu di UWA iaitu Universiti Western Of Australia. Memang cantik senibina dia tapi kami tak sempat bergambar sebab nak gerak ke airport.
Fefeling nak kawin tak lama lagi:) |
Seketul rumah biru |
Travel Buddies |
Sampai di Airport jam 12 lebih tengah hari. Jadi kami pergi timbang luggage dulu takut-takut terlebih muatan. Hehe. Kami pun mencari surau untuk solat jama' zohor dan asar. Alhamdulilah semua berjalan lancar. Surau dia memang selesa siap ada tempat wuduk tapi kena campur lelaki perempuan. Pandai-pandailah bertolak ansur ye. Selepas itu, kami pun check in dan selesai melepasi imigresen Australia. Memang mereka tegas tapi kita lah kene ikut peraturan yang di tetapkan. Pergi negara orang mestilah ikut undang-undang sana kan:)
Dalam surau |
Luar surau ada lambang |
Ruangan menunggu |
Wajib book siap-siap sebab lapar. Dekat aiport tak jumpa kedai halal |
Peta jadi teman baik |
Selamat tinggal bumi Perth, Australia. Bumi yang damai dan jauh dari kesibukan kota.
Nota : TIKET FLIGHT = RM917.08(TERMASUK INSURANS + LUGGAGE PERGI BALIK)
TEMPAT TINGGAL = 210AUD (4H3M) SHARE SEORANG 70AUD
DAY TOUR GUIDE = 60AUD TAK TERMASUK MAKAN DAN FEE
DUIT BELANJA YANG SAYA BAWA = 500AUD SAHAJA(RM1690)
TOTAL SEMUA =RM2607.08
No comments:
Post a Comment