Thursday 25 April 2013

Pulau Redang

Assalammualaikum

Pada kali ini saya berpeluang pergi ke Pulau Redang!wow!!sangat teruja. Pertama kali seumur hidup dapat pergi ke Pulau Redang, sudah jemu dengan Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi akhirnya dapat juga ke Pulau yang tercantik.

Memang indah dan cantik dasar lautnya dan persekitarannya. Alhamdulilah!Subhanallah!itu yang mampu saya ucapkan. Terima kasih buat Jabatan Pelajaran Perak yang berjaya membuat lawatan ke sana. Banyak pengalaman baru yang saya belajar di sana seperti mencandat sotong, scuba diving, membawa bot dan lain-lain. Terima kasih buat nelayan dan instruktor yang sangat baik hati dan peramah.

Tak dapat digambarkan kegembiraan saya untuk 'snorkeling' melihat hidupan laut. Memang pada mulanya takut juga tapi bila lagi saya nak merasai pengalaman ini. Bila dah masuk air saya jadi terpegun untuk melihat ikan yang pelbagai jenis dan batu karang yang terbahagi kepada 'hard coral' dan 'soft coral'. Saya juga berpeluang untuk menyentuh ikan-ikan nemo, gamat dan anemon(tempat tinggal ikan nemo). 

Pertama kali menyentuh anemon ia seperti gam yang akan melekat di tangan,menarik!!Itulah ciptaan Allah. Air yang jernih dan pasir pantai yang sangat lembut macam kapas membuat saya teruja bila sampai di Pulau Redang. Minggu ini pula saya akan pergi ke Melaka untuk mengiringi pasukan bola jaring SMGR tempat saya praktikal. Tak sangka masa praktikal ini saya dapat berjalan sambil belajar. Cukup sampai di sini sahaja madah saya sebab nak berkemas pula untuk esok.

Sekian.












Tuesday 16 April 2013

Cikgu Farihin

Assalammualaikum

Alhamdulilah sudah dua hari saya menjadi cikgu praktikal di SMK Gunung Rapat(Perak Sport School). Selama dua hari ini saya menjadi guru ganti dan pembantu jurulatih pasukan bola jaring sekolah. Pada mulanya saya rasa gementar dan cuak juga untuk berhadapan dengam pelajar-pelajar ini. Guru-guru sekolah ini sangat mesra dan banyak membantu saya pada hari pertama. Oh terima kasih cikgu!! Pengetua memperkenalkan saya di perhimpunan pagi sekolah, huh nasib baik tak suruh bagi ucapan. Kalau tak memang dah malu dan tak tahu nak cakap apa.

Bermacam-macam karenah pelajar sampai tak larat nak layan,aduhai awak Anessa banyaknya awak tanya  dekat cikgu. Dengan Hisyam yang suka berjalan dan Faizul yang suka bercakap. Saya sudah mengenali pelajar saya dekat sini tapi tak semuanya. Masih mencuba untuk menghafal nama-nama mereka..hehe.
Rupanya pelajar sukan dan pelajar biasa atau dikenali pelajar kluster sangat berbeza. Kelas pun diasingkan, sangat pening kepala menghadapi mereka semua ini. Tolong!!tolong jangan buat cikgu  serabut. Pelajar sukan wajib tinggal di asrama supaya mudah mereka 'training'. Tiap hari mereka berlatih untuk pagi dan petang. Maklumlah ada stadium sendiri.

Saya di sini mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Harap-harap semuanya berjalan lancar sebab saya masih baru lagi. Masih lagi rasa kebodohan pada hari pertama praktikal, ini semua gara-gara kena ganti kelas kimia untuk tingkatan empat. "Cikgu apa dia maksud neon adalan monoatomic" kemudian saya menjawab "maaf, cikgu tak tahu" dengan muka menahan malu tapi masih lagi selamba. Ok cukup sampai di sini, cikgu nak tidur sebab esok nak melayan karenah pelajar yang sangat ekstrem.

Sekian.






Tuesday 9 April 2013

Stapedius Dalam Kenangan

Assalammualaikum

Tamatlah sudah final exam untuk yang terakhir. Setelah 2 tahun bersama dalam suka dan duka di bumi arau akhirnya kami berpisah dalam haluan masing-masing. Tipula tak rasa sedih berpisah dengan teman seperjuangan. Rindu pasti akan datang tiap kali mengingati segala detik manis dan pahit bersama. Buat batch Stapedius semoga kalian akan berjaya dalam bidang yang diceburi untuk akan datang. Terima kasih atas segalanya tunjuk ajar daripada pensyarah-pensyarah yang hebat dan berkaliber. Minggu depan bermulalah praktikal kami dan semoga berjaya dengan cemerlang untuk keputusan exam nanti.


Buat BFF Syamim, Kak Dila, Kelly, Achik dan semuanya terima kasih sentiasa membantu dan menemani aku ketika aku susah dan senang. Perkenalan semester satu sampailah semester lima banyak memberi makna buat kita semua. Banyak waktu kita luangkan bersama dalam kos ini menjadikan kita erat mungkin kerana aktiviti-aktiviti yang kita jalankan  Semoga kita akan berjumpa lagi dan sayang kamu semua. Bingkisan dari semester satu hinggalah semester lima.