Tuesday 9 April 2013

Stapedius Dalam Kenangan

Assalammualaikum

Tamatlah sudah final exam untuk yang terakhir. Setelah 2 tahun bersama dalam suka dan duka di bumi arau akhirnya kami berpisah dalam haluan masing-masing. Tipula tak rasa sedih berpisah dengan teman seperjuangan. Rindu pasti akan datang tiap kali mengingati segala detik manis dan pahit bersama. Buat batch Stapedius semoga kalian akan berjaya dalam bidang yang diceburi untuk akan datang. Terima kasih atas segalanya tunjuk ajar daripada pensyarah-pensyarah yang hebat dan berkaliber. Minggu depan bermulalah praktikal kami dan semoga berjaya dengan cemerlang untuk keputusan exam nanti.


Buat BFF Syamim, Kak Dila, Kelly, Achik dan semuanya terima kasih sentiasa membantu dan menemani aku ketika aku susah dan senang. Perkenalan semester satu sampailah semester lima banyak memberi makna buat kita semua. Banyak waktu kita luangkan bersama dalam kos ini menjadikan kita erat mungkin kerana aktiviti-aktiviti yang kita jalankan  Semoga kita akan berjumpa lagi dan sayang kamu semua. Bingkisan dari semester satu hinggalah semester lima.








No comments: