Tuesday, 16 April 2013

Cikgu Farihin

Assalammualaikum

Alhamdulilah sudah dua hari saya menjadi cikgu praktikal di SMK Gunung Rapat(Perak Sport School). Selama dua hari ini saya menjadi guru ganti dan pembantu jurulatih pasukan bola jaring sekolah. Pada mulanya saya rasa gementar dan cuak juga untuk berhadapan dengam pelajar-pelajar ini. Guru-guru sekolah ini sangat mesra dan banyak membantu saya pada hari pertama. Oh terima kasih cikgu!! Pengetua memperkenalkan saya di perhimpunan pagi sekolah, huh nasib baik tak suruh bagi ucapan. Kalau tak memang dah malu dan tak tahu nak cakap apa.

Bermacam-macam karenah pelajar sampai tak larat nak layan,aduhai awak Anessa banyaknya awak tanya  dekat cikgu. Dengan Hisyam yang suka berjalan dan Faizul yang suka bercakap. Saya sudah mengenali pelajar saya dekat sini tapi tak semuanya. Masih mencuba untuk menghafal nama-nama mereka..hehe.
Rupanya pelajar sukan dan pelajar biasa atau dikenali pelajar kluster sangat berbeza. Kelas pun diasingkan, sangat pening kepala menghadapi mereka semua ini. Tolong!!tolong jangan buat cikgu  serabut. Pelajar sukan wajib tinggal di asrama supaya mudah mereka 'training'. Tiap hari mereka berlatih untuk pagi dan petang. Maklumlah ada stadium sendiri.

Saya di sini mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Harap-harap semuanya berjalan lancar sebab saya masih baru lagi. Masih lagi rasa kebodohan pada hari pertama praktikal, ini semua gara-gara kena ganti kelas kimia untuk tingkatan empat. "Cikgu apa dia maksud neon adalan monoatomic" kemudian saya menjawab "maaf, cikgu tak tahu" dengan muka menahan malu tapi masih lagi selamba. Ok cukup sampai di sini, cikgu nak tidur sebab esok nak melayan karenah pelajar yang sangat ekstrem.

Sekian.






1 comment:

ChentaHati said...

wow! terbaek ah cikgu coen..hihi