Thursday 27 September 2012

exAM kEmbALi LaGi

Bismilahirahmanirahim


Minggu ini sudah mula 'study week' bermaksud minggu depan sudah mula 'final exam'. Ya ALLAH takutnya dan gementar bila orang semua sibuk bincang tentang jadual 'exam'. Aku harap ketenangan dan ketenteraman hati semasa menjawab 'exam' nanti.


 Doaku padaMU:

Ya Rabbi , Engkau bukakanlah pintu hatiku dalam memdalami ilmu-ilmuMu,
Berkatilah segala ilmu yamg aku perolehi,
Ya Allah., kuatkan mindaku dan hatiku dalam mengingati segala apa yang aku pelajari,
Sesungguhnya kejayaan aku adalah rezeki yang aku perolehi dariMu,
Berikanlah juga ketenangan hati kepada teman-temanku,
Dan moga kami dapat jawab semua soalan dengan mudah Ya Khaliq,
Ya Fatah, bukakanlah pintu-pintu rezeki di langit dan di bumiMu
Hanya Engkaulah yang aku sandarkan dan  harapkan.
Amin ya rabbalalamin...




Kejayaanku adalah hadiah untuk keluarga tercinta




Monday 24 September 2012

DINNER FSR


Inilah kali pertama batch Stapedius mengadakan event dinner untuk Fakulti Sport and Recreation. Kami semua bertungkus lumus untuk menjayakan dinner kami. Setelah beberapa hari tidak cukup tidur untuk merancang dekorasi dewan supaya nampak cantik dan sesuai dengan tema kami iaitu Ballroom.Saya dan rakan sanggup pergi ke Pulau Mutiara untuk mencari alatan yang diperlukan untuk mermeriahkan majlis. Dengan test dan assignment yang berlambak kami sanggup demi batch Stapedius yang tersayang.Semua dekorasi dewan kami buat sendiri. Alhamdulilah dengan segala penat dan usaha kami, akhirnya kami berjaya menyiapkan event dinner terbesar kami dan kami telah menjemput tetamu khas iaitu Ainan Tasneem untuk memeriahkan lagi majlis kami. Terima kasih pada Fathi kerana sudi menjemput Ainan ke majlis dinner FSR.

Sedikit gambar sebagai memori akan datang.Terima kasih semua batch Stapedius!!!!



















ich liebe dich to all of you!!

Sunday 9 September 2012

XTREME PARK

Assalamualaikum..


Alhamdulilah!!akhirnya tugasan kami dalam menyiapkan 'assignment' telah berjaya dan dipuji oleh pensyarah kami. Gembiranya hati dapat menghabiskan kerja walau bermacam-macam dugaan yang ditempuhi. Terima kasih buat abang-abang yang kerja di Extreme Park, Port Dickson dalam melayan karenah kami.Pengalaman yang kami dapat di sana tidak boleh dijual beli. Pertama kali saya mencuba ATV dan Go Kart di sana memang sangat seronok dan mencabar. Cabaran itu sangat memberi kepuasan dengan bermacam-macam masalah dan konflik kami alami,maklumlah kerja berkumpulan. Segala memori di sana akan menjadi kenangan manis buat hari tua..:)

Terima kasih buat semua rakan kerja yang terlibat mimis,aiman dan isz!!










Extreme Park Terbaik!!!



Thursday 6 September 2012

Untuk Engkau

Bismillahirahmanirahim


Pertama sekali saya minta maaf banyak-banyak kerana terpaksa menolak segala sayang awak. Bukan bermaksud benci tetapi hati ini tidak boleh dipaksa.Dan hanya perasaan simpati jika saya menerima awak.
Bercinta bukan senang dan tak semestinya memiliki.Cukuplah dalam diam disamping doa di tiap sujud untuk orang yang kita sayang.Keikhlasan awak saya ucapkan terima kasih tapi saya tidak dapat menerimanya.Hanya anggap awak sebagai kawan, itu sahaja.Saya harap awak faham isi hati saya,maaf sekali lagi.


Sekian.