Sunday 15 December 2013

Hawa


Bismillahirahmanirahim


Wanita selalu akan mengembalikan yang lebih
untuk lelaki
Jika kamu memberinya rumah, maka ia akan
memberimu kehangatan dalam rumahmu.

Jika kamu memberinya beras, ia akan menanak nasi untukmu.
Jika kamu memberinya cinta, ia akan memberimu pengabdian seumur hidupnya.
Tapi jika kau memberinya hinaan, ia akan
memberimu do'a dalam airmata kepedihannya dan itu bererti persiapkan dirimu untuk berjuta kemalangan.

Jika kelmarin kamu berdo'a dan yakin bahawa
dialah wanita yg sudah terpilih untukmu, maka
terimalah dia bukan hanya sebagai wanita yang sempurna tetapi terimalah dia dengan cara yang sempurna, melainkan sebagai wanita yang terbaik.

Bukanlah dia yang tidak pernah berbuat salah, tapi dia yang selalu berkata ma'af untuk setiap kesalahannya dan ia yang punya sejuta ma'af untuk kesalahanmu.
Ia yang mau menerima masa lalu mu dan siap
merancangkan masa depannya bersamamu serta menyerahkan kehidupannya padamu.
Ia yang selalu cemas dan hilang 'akal ketika kamu tak memberinya khabar.

Jika dulu sifat manjanya membuatmu tertawa
lucu, cemburunya bererti dia sayang padamu,
airmatanya boleh menyayat hatimu, tapi sekarang semuanya itu jadi alasan kamu melepaskannya, maka merenunglah sejenak.

Mengapa dalam berbagai legenda bahawa wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kepala kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki, bukan dari tulang kaki kerana wanita juga bukan alas kaki lelaki. Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati, agar wanita menjadi pendamping, penjaga hati.

Dekat dengan hati kerana untuk disayangi. Wanita akan terlelap dalam dekapan lelaki. Kerana wanita tahu dari sana dia berasal.

Maka dari itu kenali dan sayangi “Tulang Rusukmu”.

Friday 13 December 2013

Hakikat Cinta



Assalammualaikum


Cinta yang Agung adalah ketika kita masih mahu menitiskan air mata dan kita masih peduli terhadap seseorang, ketika dia sudah tidak mahu mempedulikan kita lagi. Sedangkan kita masih sanggup menunggunya dengan setia. Dan ketika dia sudah mulai mencintai dan memilih orang lain, kita masih mampu tersenyum lalu berkata "Aku turut bahagia untuk kebahagiaanmu". Ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang, bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita. Akan tetapi kerana kita menyedari bahawa orang itu lebih bahagia apabila kita rela melepaskan kepergiannya. Ada saatnya kita merasa bahagia ketika kita mendapatkan cinta. Ada saatnya pula kita harus mengikhlaskan hati ketika kita kehilangan cinta. Demi bahagianya, kenapa kita tidak berusaha untuk mengikhlaskan saja kepergiannya? Semoga kau lebih menghargai apa yang ada sebelum terlambat.

Friday 22 November 2013

Hari Jubahku

Assalammualaikum



Alhamdulilah, saya menjadi pelajar terbaik Anugerah Naib Cansellor UiTM. Ini semua adalah usaha dan doa dari ibu bapa, pensyarah yang berkaliber, dan teman seperjuangan. Terima kasih saya ucapkan!! Tiada kata yang dapat diungkapkan hanya senyuman yang dapat diberikan :)












Monday 2 September 2013

Cinta Dalam Hati

Assalammulaikum



Saya suka awak
Saya sayang awak
Saya rindu awak

TAPI

Saya tak nak COUPLE
Sebab saya tahu
Cinta dalam diam itu
Lebih indah dan terjaga




Tuesday 20 August 2013

Istikharah Cinta


Assalammulaikum


Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya.
Dalam kerinduan mendalam, dalam tatih meniti Pintu Cahaya,
Aku di sini, bersimpuh untuk menjemput CINTA,
Cinta Seseorang Yang telah kau pilihkan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat


Diatas Sajadah malam ini aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
meraba rahsia Mu Ya Allah atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku
istikarah mencari jawapan untuk menggapai alhub fillah wa lillah
dalam doa ku bersimpuh pasrah
memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi hidayah
bila jawapan itu masih menggantung di langit
maka turunkanlah
bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi
maka keluarkanlah
bila jawapan itu sulit ku raih
maka mudahkanlah
bila jawapan itu masih jauh
maka dekatkanlah



Sunday 18 August 2013

Masam Manis

Assalammualaikum

Kali ini buat pertama kalinya kami beraya sampai ke kaki Genting. Setelah lama bertahun-tahun tak pernah plan nak keluar beraya jauh tapi tahun ini berjaya juga. Terima kasih Farah Nurhusna menjemput kami ke rumah. Awak teman sahabat dari zaman hingusan sampailah zaman cantik menawan.

Terima kasih juga buat hero-hero malaya yang sudi jadi 'bodyguard' dan 'driver'. Saya tahu awak semua mengantuk dan penat tapi masih mampu bertahan melayan karenah kami. Meriah dengan ketawa dan gurau senda hanya kita-kita sahaja merasainya. Tak rugi hidup penuh dengan teman daripada lawan.

Sedikit bingkisan kasih jiwa untuk Farah, Syahirah, Puteri, Afira, Zaki, Azzam, Yusri daripada lensa 'fisheye'.






























Friday 16 August 2013

Aidilfitri 2013 Legasi Somut

Assalammualaikum

Alhamdulilah tahun ini menyambut Aidilfitri bersama dengan keluarga tersayang yang masih sihat wa'alfiat. Keceriaan yang dapat kami pamerkan dengan raut wajah yang penuh ketawa dan senyuman. Marilah bermaafan antara satu sama lain. Biar gambar bercerita.














Dan jangan lupa doa untuk Mesir!! Sekian

Tuesday 30 July 2013

Ramadhan Bersama Stapedius

Pada 24 Ramadhan tahun yang lalu. Kami batch ‘Stapedius’ dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM telah merancang buka puasa beramai-ramai. Inilah Ramadhan terakhir kami bersama-sama untuk semester terakhir. Kami memilih untuk berbuka puasa di kedai tomyam yang paling sedap di Arau. Banyak menu yang kami pilih seperti ikan siakap masak pedas, tomyam campur dan sebagainya.
Begitu banyak dugaan dan cabaran bulan Ramadhan ini. Kami juga melakukan aktiviti ‘outdoor’ dalam bulan puasa seperti Orienteering dan Pengajaran Pertolongan Cemas di hutan rimba. Tipulah saya kalau kata tidak penat  melakukan semuanya dalam bulan puasa. Kami buka puasa dalam hutan kerana tidak sempat untuk pulang ke kolej. Itulah kelas untuk budak sukan macam kami.







Bulan Ramadhan ini kami meluangkan masa bersama dengan solat terawih dan sahur bersama-sama. Kami curi masuk periuk nasi dalam kolej walaupun surat amaran diberi supaya tidak bawa periuk nasi pada bulan puasa. Kami masak nasi dan buat telur goreng dalam periuk nasi mengikut giliran. Banyak kenangan manis bergelar pelajar di bulan Ramadhan yang mulia. Ini masa yang terindah untuk dikenang setelah kami semua berpisah.




Sunday 28 July 2013

Sudut Hati

Assalammualaikum

Apakah

Mengapakah mereka kata rindu adalah perkataan jiwang semata?
Mengapakah skeptikalnya rindu untuk bercanda?
Mengapakah rindu itu satu seksaan batin?
Mengapakah ke"innocent"an aku dicabar digoncang dengan ribut taufan rindu?


Oh, kadang aku rasa ruang atmosfera yang luas menjadi sempit
Dadaku susah nak bernafas dan seakan mahu terkeluar dari jasad
Salahkah perasaan ini?

Engkau, jangan gundah gulana
Ini tak salah, kita hamba yang lemah
Tuhan ciptakan kita begitu indah
Perasaan ini fitrah bagi tiap hamba



Sunday 21 July 2013

Ya Allah, Aku Rindu

Assalammualaikum


Dia tidak arif dalam berbicara soal cinta. Dia hanya tahu menghuraikan maksud di jiwa. 
Jari-jemarinya sering menari mengikut rentak di hati bagi berkongsi apa yang dia rasa pada saat dan ketika ini. 
RINDU. Itu apa yang dia rasakan sekarang. Rindu pada siapa? Hatinya tidak mampu menjawab. 
Dia rindukan Tuhannya. Dia rindukan Rasulnya tapi pada masa yang sama ada rindu pada insan bertamu di hatinya. Berkali-kali dia cuba menepis perasaan yang tidak halal baginya itu.

Namun, rindu itu terus-terusan bergayut di hatinya. Dia seringkali menangis. Ya, menangis lantaran terlalu berduka kerana tidak mampu menangkis rasa rindu yang bergayutan di hatinya. Dia takut. Takut dan bimbang rasa rindunya itu membawa dia ke lembah hina. Dia bimbang rindunya itu membawa kepada zina hati. Allahurabbi. Berkali-kali dia cuba beristighfar. Beristighfar bagi menolak segala rasa yang bermain di hati dan akalnya. Dia tidak mahu merindui sesuatu yang bukan hak miliknya. Dia hanya inginkan rindu itu tersalur pada yang halal baginya. Ya, hanya pada bakal zauj yang Allah sudah tetapkan bagi dirinya.

Namun, setiap kali dia cuba mengusir, tiap kali juga rasa itu hadir membelenggu hati dan fikirannya. Buntu dirinya. Dia takut untuk mengasihi. Takut cintanya terhadap Rabbnya tergganggu. Apa yang dia boleh lakukan sekarang adalah terus-terusan berdoa memohon kekuatan dan agar dirinya diampuni Sang Ilahi. Dia tidak betah untuk terus hidup dalam fantasi. Untuk terus hidup dalam cinta duniawi. Untuk terus lemas dalam cinta manusiawi yang tidak hakiki dan akan mati suatu hari nanti. Dia tahu dan dia sedar, sejauh mana pun dia menjauhi dia tidak akan mungkin dapat lari dari fitrah insani. Untuk mencintai dan dicintai. Tapi, sebelum waktu itu benar-benar tiba dan diredhai Ilahi, dia cuba. Cuba untuk mengimbangi dan memahami yang mana fantasi yang mana realiti.

Dia perlu bangkit. Bangkit dan terus mencari cinta Ilahi. Bukan terus-terusan mendambakan cinta insani.
Ibu ayahnya mengharapkan dia menjadi serikandi dalam agama-NYA. Ibu ayahnya mengharapkan dia menjadi seorang insan yang memberi manfaat kepada manusia lain. Ibu ayahnya mengharapkan dia berjaya dalam hidupnya. Ibu ayahnya mengharapkan agar dia bisa menjadi seorang puteri yang solehah dan seorang kakak yang memberi inspirasi.

Dia sedar dan dia tahu tanggungjawabnya begitu besar. Tanggungjawabnya sebagai hamba Ilahi. Tanggungjawabnya sebagai pengikut Muhammad Rasulullah. Tanggungjawabnya terhadap agama-NYA. Tanggungjwabnya terhadap kedua-dua orang tuanya. Tanggungjawabnya terhadap keluarganya. Tanggungjawabnya terhadap ilmu. Tanggungjawabnya terhadap dirinya. Dan tanggungjawab dirinya terhadap masyarakat. Dia tahu. Dia sedar. Dia juga tahu 'si dia' juga begitu. Malah tanggungjawab 'si dia' lebih berat darinya. Masakan dia mahu mengganggu hati dan perasaan 'si dia' walhal dia tahu, mereka berdua tahu perjalanan hidup mereka masih jauh. Masih banyak yang belum dicapai dan digapai.

Allahurabbi. Dia berasa bersalah. Dia hanya mampu mendoakan yang terbaik. Kini dia sedar, cinta bukan segala-galanya. Cinta itu memang perlu, tetapi dia harus tahu cinta mana yang perlu mampir dahulu.
Untuk soal 'rindu', dia hanya mampu membisu. Dan dia hanya mampu mengungkapkan dan meluahkan rasa rindu yang mampir itu hanya kepada Allah. Dia tidak mampu untuk mengusirnya. Dia hanya mengharapkan Sang Ilahi membantu dan memelihara rasa rindu yang bertamu di hatinya. 
Pergilah wahai rindu. Usah bebankan diriku lagi. Aku takut rinduku terhadap si dia melebihi rinduku pada-NYA. 
Ya Allah, berikanlah kekuatan. Seandainya Engkau menghadirkan rasa rindu, rindukanlah diriku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Sekian.