Thursday 15 December 2011

mana kau yang dulu

aku curang kau marah
aku hilang kau tak cari
aku merajuk kau tak pujuk
aku marah kau kata aku tak cool
aku menangis pernah kau ambil tahu
aku kecewa pernah kau tanya kenapa
aku ada masalah pernah kau tanyakan
aku sibuk tapi aku tetap mesej kau
aku digoda tapi aku tahan..kau??
aku cemburu kau tahu?

menangis hatiku

adakah aku diperlukan?
adakah kau masih menyebut namaku dalam tidurmu?
adakah hati kau utuh untukku?
adakah kau punya perasaan yang sama?
adakah kau telah mensia siakan aku?
adakah kau telah curangi diriku?
   

Tuesday 13 December 2011

pengalaman

Ini kali pertamaku jadi pengapit perkahwinan kakak sepupuku.aku di jemput untuk menemani dia dekat atas pelamin,kira aku pun naik sama atas singgahsana itu.wow!berdebar rasanya:)

Macam aku pula yang kahwin bila ada mata mata melihatku,kononya.hehe...pengalaman ini akan ku jadi teladan mana tahu ada orang lagi suruh aku jadi pengapit..hahaha.tak sangka dalam keluarga besarku kak ngah dah kahwin..dulu kecil sekarang dah besar.bila pula giliran aku yer..hehe




Tahniah untuk kak nabil dan abang azman!!semoga kekal ke hujung nyawa...sangat gembira untuk anda berdua!!

Wednesday 7 December 2011

Itu kata kau

Jam sudah menunjukkan nak dekat 2 pagi tapi masih dengar suara suara asing.aishhh..banyak kerja.okay hatiku sangat benci dekat kau!!bosan dengan kau...yang aku cuma hatiku menangis lagi.

Sebenarnya aku dah give up..serius!!hari hari berfikir patut ke aku teruskan.apa yang mereka kata tak sama apa yang aku rasakan..aduhai.Tuhan tolongla aku...aku harap kau buat baik dengan aku esok hari:) kononnya.

Lelah hatiku tak siapa yang tahu..janganla nak tunjuk bagus sangat dengan aku yer..hati hati.aku pon tak tahu apa yang kau nak  dari aku..aku juga ada masalah lain,banyak lagi benda lain aku kena uruskan tapi aku tetap sabar.

My classmate

Ini cerita tentang kawan kawanku yang banyak ragam..masing masing punya karekter yang berlainan.aku punya kawan kawan yang sangat penyayang.jadi aku tak kisah kalau selalu tidak dihiraukan buah hati..sebab hanya kawan peneman ketika aku duka.terima kasih kawan...






Di semester baru ini kami semakin matang dan tidak boleh berpisah sudah..:).hak kau hak aku,hak aku hak akula..hahaha.gelagat kami semua orang cemburu..kenapa ye??hehe..sayang korang banyak banyak!!































































































































Saturday 26 November 2011

KECEWA

Mood sangat kecewa sedih,harapan nak ikut someone balik kampung terlepas..sampai hati tak pujuk saya.:(
Bila lagi nak ikut awak..takut saya tak berkesempatan.saya harap awak faham perasaan saya..tapi awak susah nak faham apa yang saya rasa.

Friday 18 November 2011

TRAGEDI LAGI

Hujan yang lebat menyebabkan kereta avanza kepunyaan mamaku "excident".serius aku sangat terkejut!!ya Allah aku bersyukur masih bernafas:).bukan kereta aku sahaja tetapi kereta di belakangku juga terlibat.


5 buah kereta terlibat!!abis kereta avanzaku kerana hentaman dari belakang dan avanzaku telah menghentam kereta di depan.mujur kereta import tak macam kereta proton dibelakangku hancur!!sebenarnya nak nangis..oke!aku sangat marah kat kereta depan kerana berhenti mengejut tiba-tiba.itu pun ayahku telah tekan brek sepenuhnya.

Apakan daya kuasa tuhan tidak ada siapa yang tahu.aku sangat sedih kerana ayahku terpaksa keluarkan duit lagi untuk kereta.ahad ini perlu keluarkan duit lagi untuk pembelajaranku.ayah!akak nak tangguh belajar satu sem la..akak rsa berat hati pula:)sobsob..

Thursday 17 November 2011

Dimana bumi berpijak di situ langit dijunjung

    Bangun pagi mula-mula tengok handphone "alarm" berbunyi.Saya tengok ada tak mesej dari sayam saya tapi takda :(, sungguh sedih.Saya mula kemas barang barang kerana panggilan UITM telah kedengaran.Saya akan mulakan kelas yang cukup padat pada hari isnin ini.Semangat untuk berjumpa pensyarah  yang cukup kacak dan kelakar,Itula pensyarah sains sukan yang selalu menjadi pujaan untuk kos lain tapi tidak saya kerana bosan hari-hati tengok muka mereka..hehe.

   Saya rindu kawan kawan saya yang suka berlagak "macho" kerana mereka juga yang membuat saya ketawa.saya rindu nak gaduh dengan "classmate" yang cukup menguji kesabaran dan paling penting saya rindu nak pergi karoke!!hahaha

  Saya sudah berada di semester 3.Subjek yang menarik untuk sem ini ialah "track and field".Saya cukup kecewa kerana tiada basikal!!:( . Saya kena masuk gim tiap pagi selasa,aduhai abisla lemak-lemak saya kekurangan,macamana nie???
       
   Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk semester ini supaya dapat dekan lagi:) yeah!!

   Hidup sains sukan untuk negara!!


saya budak sukan

ingatlah walaupun terlalu sibuk dengan aktivti sukan SOLAT tetap diutamakan.

Wednesday 16 November 2011

percubaan

terima kasih utk awk di sana..bimbingla saya supaya saya bole meneruskan blog ini (^^)