Tuesday 30 July 2013

Ramadhan Bersama Stapedius

Pada 24 Ramadhan tahun yang lalu. Kami batch ‘Stapedius’ dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM telah merancang buka puasa beramai-ramai. Inilah Ramadhan terakhir kami bersama-sama untuk semester terakhir. Kami memilih untuk berbuka puasa di kedai tomyam yang paling sedap di Arau. Banyak menu yang kami pilih seperti ikan siakap masak pedas, tomyam campur dan sebagainya.
Begitu banyak dugaan dan cabaran bulan Ramadhan ini. Kami juga melakukan aktiviti ‘outdoor’ dalam bulan puasa seperti Orienteering dan Pengajaran Pertolongan Cemas di hutan rimba. Tipulah saya kalau kata tidak penat  melakukan semuanya dalam bulan puasa. Kami buka puasa dalam hutan kerana tidak sempat untuk pulang ke kolej. Itulah kelas untuk budak sukan macam kami.







Bulan Ramadhan ini kami meluangkan masa bersama dengan solat terawih dan sahur bersama-sama. Kami curi masuk periuk nasi dalam kolej walaupun surat amaran diberi supaya tidak bawa periuk nasi pada bulan puasa. Kami masak nasi dan buat telur goreng dalam periuk nasi mengikut giliran. Banyak kenangan manis bergelar pelajar di bulan Ramadhan yang mulia. Ini masa yang terindah untuk dikenang setelah kami semua berpisah.




Sunday 28 July 2013

Sudut Hati

Assalammualaikum

Apakah

Mengapakah mereka kata rindu adalah perkataan jiwang semata?
Mengapakah skeptikalnya rindu untuk bercanda?
Mengapakah rindu itu satu seksaan batin?
Mengapakah ke"innocent"an aku dicabar digoncang dengan ribut taufan rindu?


Oh, kadang aku rasa ruang atmosfera yang luas menjadi sempit
Dadaku susah nak bernafas dan seakan mahu terkeluar dari jasad
Salahkah perasaan ini?

Engkau, jangan gundah gulana
Ini tak salah, kita hamba yang lemah
Tuhan ciptakan kita begitu indah
Perasaan ini fitrah bagi tiap hamba



Sunday 21 July 2013

Ya Allah, Aku Rindu

Assalammualaikum


Dia tidak arif dalam berbicara soal cinta. Dia hanya tahu menghuraikan maksud di jiwa. 
Jari-jemarinya sering menari mengikut rentak di hati bagi berkongsi apa yang dia rasa pada saat dan ketika ini. 
RINDU. Itu apa yang dia rasakan sekarang. Rindu pada siapa? Hatinya tidak mampu menjawab. 
Dia rindukan Tuhannya. Dia rindukan Rasulnya tapi pada masa yang sama ada rindu pada insan bertamu di hatinya. Berkali-kali dia cuba menepis perasaan yang tidak halal baginya itu.

Namun, rindu itu terus-terusan bergayut di hatinya. Dia seringkali menangis. Ya, menangis lantaran terlalu berduka kerana tidak mampu menangkis rasa rindu yang bergayutan di hatinya. Dia takut. Takut dan bimbang rasa rindunya itu membawa dia ke lembah hina. Dia bimbang rindunya itu membawa kepada zina hati. Allahurabbi. Berkali-kali dia cuba beristighfar. Beristighfar bagi menolak segala rasa yang bermain di hati dan akalnya. Dia tidak mahu merindui sesuatu yang bukan hak miliknya. Dia hanya inginkan rindu itu tersalur pada yang halal baginya. Ya, hanya pada bakal zauj yang Allah sudah tetapkan bagi dirinya.

Namun, setiap kali dia cuba mengusir, tiap kali juga rasa itu hadir membelenggu hati dan fikirannya. Buntu dirinya. Dia takut untuk mengasihi. Takut cintanya terhadap Rabbnya tergganggu. Apa yang dia boleh lakukan sekarang adalah terus-terusan berdoa memohon kekuatan dan agar dirinya diampuni Sang Ilahi. Dia tidak betah untuk terus hidup dalam fantasi. Untuk terus hidup dalam cinta duniawi. Untuk terus lemas dalam cinta manusiawi yang tidak hakiki dan akan mati suatu hari nanti. Dia tahu dan dia sedar, sejauh mana pun dia menjauhi dia tidak akan mungkin dapat lari dari fitrah insani. Untuk mencintai dan dicintai. Tapi, sebelum waktu itu benar-benar tiba dan diredhai Ilahi, dia cuba. Cuba untuk mengimbangi dan memahami yang mana fantasi yang mana realiti.

Dia perlu bangkit. Bangkit dan terus mencari cinta Ilahi. Bukan terus-terusan mendambakan cinta insani.
Ibu ayahnya mengharapkan dia menjadi serikandi dalam agama-NYA. Ibu ayahnya mengharapkan dia menjadi seorang insan yang memberi manfaat kepada manusia lain. Ibu ayahnya mengharapkan dia berjaya dalam hidupnya. Ibu ayahnya mengharapkan agar dia bisa menjadi seorang puteri yang solehah dan seorang kakak yang memberi inspirasi.

Dia sedar dan dia tahu tanggungjawabnya begitu besar. Tanggungjawabnya sebagai hamba Ilahi. Tanggungjawabnya sebagai pengikut Muhammad Rasulullah. Tanggungjawabnya terhadap agama-NYA. Tanggungjwabnya terhadap kedua-dua orang tuanya. Tanggungjawabnya terhadap keluarganya. Tanggungjawabnya terhadap ilmu. Tanggungjawabnya terhadap dirinya. Dan tanggungjawab dirinya terhadap masyarakat. Dia tahu. Dia sedar. Dia juga tahu 'si dia' juga begitu. Malah tanggungjawab 'si dia' lebih berat darinya. Masakan dia mahu mengganggu hati dan perasaan 'si dia' walhal dia tahu, mereka berdua tahu perjalanan hidup mereka masih jauh. Masih banyak yang belum dicapai dan digapai.

Allahurabbi. Dia berasa bersalah. Dia hanya mampu mendoakan yang terbaik. Kini dia sedar, cinta bukan segala-galanya. Cinta itu memang perlu, tetapi dia harus tahu cinta mana yang perlu mampir dahulu.
Untuk soal 'rindu', dia hanya mampu membisu. Dan dia hanya mampu mengungkapkan dan meluahkan rasa rindu yang mampir itu hanya kepada Allah. Dia tidak mampu untuk mengusirnya. Dia hanya mengharapkan Sang Ilahi membantu dan memelihara rasa rindu yang bertamu di hatinya. 
Pergilah wahai rindu. Usah bebankan diriku lagi. Aku takut rinduku terhadap si dia melebihi rinduku pada-NYA. 
Ya Allah, berikanlah kekuatan. Seandainya Engkau menghadirkan rasa rindu, rindukanlah diriku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Sekian.

Sunday 14 July 2013

Terhibur Menyembah Tuhan

Assalammualaikum

Orang yang bertaqwa menunggu ibadah
Daripada satu ibadah timbul rasa gembira
Yang hendak ditunggu itu ialah cinta agungnya iaitu Tuhan penciptanya

Alangkah terhiburnya memuja dan menyembah idolanya yang dirinduinya
Menunggu cinta dari satu waktu ke satu waktu
Tidak sabar rasa hendak menyembah dan memujaNya

Kerana dalam penyembahan itu dia dapat bercakap dengan Tuhannya
Meminta, mengadu, bermesra dan bermanja
Banyak persoalan hidup yang perlu diberitahu
Agar Tuhan selesaikan segala yang terbuku

Bagi orang mukmin sungguh penting adanya Tuhan dalam hidup
Kerana itulah ibadah, munajat dan berdoa sesuatu yang didahulukan
Mereka merasakan tanpa Tuhan tidak boleh hidup
Kerana disanalah segala persoalan dirafakkan kepada Tuhan


Thursday 11 July 2013

Mustafa Kamal Attartuk

Assalammualaikum

Siapakah dia Mustafa Kamal Attartuk?Mari kita mengimbau kisah sejarah ini sebagai teladan ummah.Apakah sumbangan yang telah di berikan untuk Islam??Atau memporak perandakan Agama Islam di Turki satu ketika dulu.

1.Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2.Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3.Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4.Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5.Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6.Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7.Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8.Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9.Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Manusia seperti ini telah dijanjikan Allah akan diseksa dan mendapat balasan yang dahsyat. Antara perkara yang berlaku sebelum beliau mati:
1.Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2.Sakit jantung.
3.Penyakit darah tinggi.
4.Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di
dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang MEGEMBIRAKAN (bukan menyedihkan) , ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.” Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Monday 8 July 2013

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Assalammualaikum

Kembali lagi kita bertemu dalam bulan Ramadhan yang mulia. Alhamdulilah Allah masih panjangkan umur kita semua untuk beribadah di bulan ini. Ya Allah aku rasa sangat gembira dan merinduiMU. Mana nikmat tuhan yang kau dustakan? Sesungguhnya nikmat Allah sangat banyak dan kita masih lagi tidak bersyukur.

Aku berazam untuk mempertingkatkan lagi ibadah untuk cinta sejatiku. Aku banyak terlalai dan jahil dalam menimba ilmu Tuhan. Tidak salahkan untuk aku berubah ke arah kebaikan. Ye, kadang-kadang aku juga terlalai. Aku tak sempurna dan masih akan terus mencari keberkatan dan petunjuk Allah hingga hembusan nafasku yang terakhir.



Sunday 7 July 2013

SAYA SUKA KAMU SENGAL

Assalammualaikum

Ye, saya adalah peminat novel yang tegar. Sanggup berhabis duit untuk baca novel yang disukai. Kali ini saya nak sebarkan cerita tentang novel 'I LOVE YOU STUPID' atau kata lembutnya saya suka awak sengal! hehehe.

Inilah novel yang paling saya suka sepanjang hidup ini. Ini bukan semata novel cinta tapi novel yang penuh pengajaran dan cinta berpaksikan Tuhan. Ye,cinta sesama insan yang berlainan tanah air dan latar belakang. Betapa hebatnya penulis novel ini iaitu MELUR JELITA yang menceritakan kehidupan negara Kemboja.


Selama ini baru saya tahu kita mempunyai saudara seislam yang ditindas dan hidup dalam kemiskinan iaitu Melayu Champ. Kekuatan agama di sana lebih mantap dari negara jiran kita iaitu Indonesia. Kemboja adalah negara yang sangat ketinggalan jauh beberapa tahun dari kita. Semua sistem nak masuk sempadan kemboja hanya guna manual sahaja. Betapa mundurnya negara Kemboja.


Watak dalam cerita ini iaitu Firman adalah seorang lelaki yang tegas dalam prinsipnya. Dia mencintai keluarga, bangsanya dan sanggup meninggalkan kerja di Malaysia untuk kembali ke negaranya Kemboja. Watak heroin dalam novel ini iaitu Iris yang sangat nakal, penuh dengan muslihat, cantik dan baik hati. Iris adalah wanita yang mempuyai hati yang kosong dan sepi serta jauh dari Penciptanya.


Novel ini perlu di baca dengan mata hati kerana novel ini bukan seperti novel SEBENARNYA AKU ISTERI DIA'. Banyak falsafah yang saya dapat dalam novel ini. Jangan lihat pada tajuknya tapi baca dalam isinya. Betapa manusia yang hilang pedoman Islam boleh berubah menjadi lebih baik. 


Walaubagaimanapun baca Al-Quran adalah yang terindah. Sekian