Monday 27 May 2013

Surprise Surprise

Assalammualaikum


Kali ini saya mendapat kejutan daripada pelajar-pelajar saya. Maklumlah hari-hari terakhir bersama pelajar. Terima kasih buat pelajar tingkatan 2 Noble kerana sanggup bersusah payah untuk saya. Saya sangat hargainya. Sebenarnya tak perlu awak membazir duit untuk saya, saya tak minta semua itu.

Ye, mungkin perkenalan kita singkat tapi cikgu mengucapkan terima kasih diatas segala memori kita bersama. Malu sebenarnya bersama awak semua kerana saya masih baru lagi dan tak cukup ilmu di dada untuk ajar awak semua.

Jika nanti awak jumpa saya di lain masa dan tempat tegurlah saya. Dan saya pasti akan senyum kembali kepada awak semua. Belajar rajin-rajin! Selamat maju jaya!












Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru

Assalammualaikum

Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda itulah tema hari guru pada tahun ini. Buat kali pertama, saya menyambut hari guru selaku seorang guru. Dahulu, saya menyambut hari guru sebagai seorang pelajar tapi kini saya berpeluang merasainya. Walaupun bukan rasminya saya seorang guru tetap tetapi ia menjadi kenangan manis untuk saya simpan dalam ingatan.

Terima kasih cikgu-cikgu yang telah banyak mendidik dan mencurahkan ilmu. Penat lelah untuk mendidik anak bangsa bukanlah senang dan tanggungjawab yang digalas sangat berat. Saya akan kenang jasa dan sentiasa mendoakan kesejahteraan cikgu-cikgu di samping keluarga tercinta.

Sepanjang saya menjadi seorang guru, baru saya tahu betapa untung pelajar duduk di dalam kelas sambil cikgu berdiri untuk mencurahkan ilmu. Ye, bukan senang untuk menyampaikan ilmu supaya murid-murid faham. Kadang-kadang, saya perlu ulang apa yang mereka tak faham sebanyak lima kali. Dengan banyak karenah dan ragam murid-murid sampai perlu kesabaran yang tinggi.

Alhamdulilah, saya mampu menahan cabaran ini dan rasa sayangnya untuk meninggalkan sekolah ini nanti. Cukuplah doa yang saya harapkan daripada murid-murid dan berjaya dalam pelajaran. Terima kasih wahai pelajar sekalian diatas keprihatinan awak terhadap saya.




Thursday 9 May 2013

Manisnya Kejayaan

Assalammualaikum

Bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya berjaya berjaya menghabiskan pengajian dengan cemerlang dengan ANC. Tak tergambar kegembiraan ini. Sesungguhnya perancangan Allah tiada siapa yang tahu. Tahniah buat teman seperjuangan yang bersama-sama menempuh suka duka bersama.

Terima kasih buat keluarga khususnya, pensyarah, sahabat dan musuh yang sentiasa ada dalam hidupku. Kejayaan ini juga datang dari kalian yang sentiasa memberi semangat dan mendoakan diriku. Moga segala ilmu dan kejayaan  diberkati. Sesungguhnya keputusan peperiksaan tak menjamin ketinggian iman seseorang dan aku berdoa semoga aku tidak takbur dengan apa yang aku dapat.