Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru

Assalammualaikum

Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda itulah tema hari guru pada tahun ini. Buat kali pertama, saya menyambut hari guru selaku seorang guru. Dahulu, saya menyambut hari guru sebagai seorang pelajar tapi kini saya berpeluang merasainya. Walaupun bukan rasminya saya seorang guru tetap tetapi ia menjadi kenangan manis untuk saya simpan dalam ingatan.

Terima kasih cikgu-cikgu yang telah banyak mendidik dan mencurahkan ilmu. Penat lelah untuk mendidik anak bangsa bukanlah senang dan tanggungjawab yang digalas sangat berat. Saya akan kenang jasa dan sentiasa mendoakan kesejahteraan cikgu-cikgu di samping keluarga tercinta.

Sepanjang saya menjadi seorang guru, baru saya tahu betapa untung pelajar duduk di dalam kelas sambil cikgu berdiri untuk mencurahkan ilmu. Ye, bukan senang untuk menyampaikan ilmu supaya murid-murid faham. Kadang-kadang, saya perlu ulang apa yang mereka tak faham sebanyak lima kali. Dengan banyak karenah dan ragam murid-murid sampai perlu kesabaran yang tinggi.

Alhamdulilah, saya mampu menahan cabaran ini dan rasa sayangnya untuk meninggalkan sekolah ini nanti. Cukuplah doa yang saya harapkan daripada murid-murid dan berjaya dalam pelajaran. Terima kasih wahai pelajar sekalian diatas keprihatinan awak terhadap saya.




No comments: