Bismillahirahmanirahim
Wanita selalu akan mengembalikan yang lebih
untuk lelaki
Jika kamu memberinya rumah, maka ia akan
memberimu kehangatan dalam rumahmu.
Jika kamu memberinya beras, ia akan menanak nasi untukmu.
Jika kamu memberinya cinta, ia akan memberimu pengabdian seumur hidupnya.
Tapi jika kau memberinya hinaan, ia akan
memberimu do'a dalam airmata kepedihannya dan itu bererti persiapkan dirimu
untuk berjuta kemalangan.
Jika kelmarin kamu berdo'a dan yakin bahawa
dialah wanita yg sudah terpilih untukmu, maka
terimalah dia bukan hanya sebagai wanita yang sempurna tetapi terimalah dia
dengan cara yang sempurna, melainkan sebagai wanita yang terbaik.
Bukanlah dia yang tidak pernah berbuat salah, tapi dia yang selalu berkata
ma'af untuk setiap kesalahannya dan ia yang punya sejuta ma'af untuk
kesalahanmu.
Ia yang mau menerima masa lalu mu dan siap
merancangkan masa depannya bersamamu serta menyerahkan kehidupannya padamu.
Ia yang selalu cemas dan hilang 'akal ketika kamu tak memberinya khabar.
Jika dulu sifat manjanya membuatmu tertawa
lucu, cemburunya bererti dia sayang padamu,
airmatanya boleh menyayat hatimu, tapi sekarang semuanya itu jadi alasan kamu
melepaskannya, maka merenunglah sejenak.
Mengapa dalam berbagai legenda bahawa wanita itu tercipta dari tulang rusuk
lelaki, bukan dari tulang kepala kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki,
bukan dari tulang kaki kerana wanita juga bukan alas kaki lelaki. Wanita
tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati, agar wanita menjadi
pendamping, penjaga hati.
Dekat dengan hati kerana untuk disayangi. Wanita akan terlelap dalam dekapan
lelaki. Kerana wanita tahu dari sana dia berasal.
Maka dari itu kenali dan sayangi “Tulang Rusukmu”.
1 comment:
Sekali kamu melukakan pasangan kamu, berkali ganda dia bole buat kamu merana wahai adam. Jadi ingatlah, jaga la hawa kamu sebaik mungkin. Pasti tidak ada apa kamu akan kesali kelak.
Post a Comment