Tuesday 28 February 2017

Travel Ke Bumi Kanggaro Part 1



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Travel lagi saya untuk Februari tahun 2017 ini ke Australia. Saya memilih Western Australia, Perth untuk melihat suasana di negara orang putih setelah pergi negara mata sepet. Hehehe. Waktu saya pergi adalah musim panas tapi panas dia tak macam Malaysia kerana berangin dan kering. Semestinya saya memilih Air Asia untuk ke sana. Flight saya pada pukul 12.05 pagi dan tiba di Perth Airport pada jam 5.30 pagi. Tibanya di kaunter kastam, kami terpaksa pergi ke lorong yang ada anjing polis untuk memeriksa kami. Kami tak bawa apa-apa makanan dan hanya bawa ubat seperti panadol. Kira Perth Airport memang sangat strict dan ketat dalam mengawal foreigner yang keluar masuk ke negaranya.

Airport Perth


Kawasan rumah kak Nora

Hari pertama kami sampai disambut kak Nora Oliver iaitu Malaysian yang mastautin di sana. Kami menginap di rumah kak Nora yang berada di Armadale selama di sana. Kira kami sewa roomstay kak Nora. Lagi pula kami hanya bertiga jadi muat sahaja untuk stay di satu bilik. Makan pagi dan malam kak Nora dah masak untuk kami. Memang best sewa di rumah kak Nora. Kami berehat sebentar dan sarapan setelah kak Nora ambil kami di airport. Oh ya, saya beli simkad VODAFONE 10AUD termasuk unlimited call dan 1GB internet selama di sana. Jadi memang berbaloi sebab kami guna apps maps dan TRANSPERTH  semasa travel. Dari rumah kak Nora ke bandar Perth ialah 40 minit naik kereta. Kami memilih naik train ke Perth CBD sebab train pun berdekatan dengan rumah kak Nora dan cepat sampai. public transport di Perth memang efisyen dan selesa. Kami beli tiket day rider 12.40 aud seorang. Tiket ini korang boleh travel satu hari menggunakan mana-mana public transport yang ada seperti train, bas, dan feri di Elizabeth Quay dari pagi sampai malam. Jadi berbaloi beli tiket ni daripada bayar tiap-tiap destinasi.

Hay Street

Hay Street

Finally London Court. Yeahh


Dari Armadale kami beli tiket day rider dan sampainya di Perth CBD kami turun di Platform nombor 4 tak silap. Kami plan untuk jalan-jalan di sekitar Hay street dan Murray street. Bermacam-macam kedai kami jumpa di kawasan tersebut. Kebanyakkan kawasan ni kedai berjenama dan high standard. Sempat kami berposing di bangunan Commonwealth, dan sekitar Hay street, Tujuan nak pergi ke London Court konon-konon nak feel berada di London. Senang je nak cari tempat di kawasan city ni sebab banyak bas. Bas percuma pun ada iaitu Cat Bus. Ada 4 warna Cat Bus ni kalau korang nak pergi ke tempat-tempat yang menarik seperti Hijau dan Biru.

Kami juga pergi solat di masjid tertua Perth yang terletak di Northbridge. Kami di bawa oleh seseorang hamba Allah yang bernama brother Rejab yang asal dari Turki tapi sudah mastautin di Perth selama 44 tahun. Melihatkan kami memakai tudung, dia menegur kami dan mengajak kami sekiranya hendak solat di masjid. Jadi kami ikut beliau lagi pula memang nak solat zohor bersama asar. Sejauh mana kita berjalan solat janganlah lupa. Baru ada keberkatan dalam setiap perjalanan.

Masjid Perth dibina oleh orang Pakistan




Selepas solat, kami berjalan ke Malaysian Hall dan sekitar club, Western Australia Library, Art Gallery dan lepas penat berjalan baru kami rasa lapar. Belum lagi makan tengah hari, jadi kami pergi ke Karache Cafe berhadapan Insan Cafe untuk makan. Kami makan nasi beriyani ayam dan kuih berserta air. Total lunch kami bertiga ialah 34 aud lebih kurang. Setelah berehat makan dan menunggu hujan reda kami ingin pergi ke Watertown Outlet iaitu kedai branded yang murah macam JPO. Kami menaiki Cat bus yang berwarna oren dan turun di sutterland street. Naik bas ni macam-macam kami lalu seperti Perth Arena. Oh ya lepas korang turun dari bas jangan lupa ucap terima kasih sebab memang budaya mereka akan ucap terima kasih lepas turun bas dekat driver. Bagus betul kan.




Library



Di Art Gallery
Bangunan Komanwel


Di Watertown Outlet memang best. Barang memang murah dan banyak betul diskaun. Contoh jenama Jay Jay most barang 10aud ala-ala macam rm10 dari baju sampai seluar. Cover iphone pun 2 pcs 10aud. Gila kau murah. Hahaha. Masuk Cotton ON lagi meraung sebab harga barang 10 aud-15 aud. Masa kami pergi tukaran duit ialah 3.38. Kalau kami convert harga barang pun still murah oii. Lama juga kami di watertown sampai jam 7 petang. Perth ni kedai akan tutup jam 5 petang. Cuma hari Jumaat je kedai akan tutup jam 9 malam. Jadi pandailah merancang ye.

Dalam train

Dalam train

Sudah habis penat di Watertown kami naik bas macam tadi untuk pergi ke Perth Station. Kami guna tiket yang dah beli pagi tadi untuk balik ke Armadale. Jangan segan tanya dengan pekerja di train station tu. Memang membantu walaupun kita tengok macam garang je muka. Hehehe. Sudah sampai di Armadale kami makan malam yang sudah disediakan kak Nora dan berehat. Memang penat jadi tidur awal :)


No comments: