Wednesday 22 February 2017

Seoul Korea Part 4

Terpaksa mengambil masa yang lama untuk post part 4 sebab banyak kerja nak buat.

Okay sambungan hari ke 4 di Seoul kami pergi ke Namsan Hanok Village, Namsan Tower, Myeondong dan Namdaemun. Namsan Hanok Village ni adalah perkampungan rakyat korea. Seni bina yang cantik serta unik dan menunjukkan budaya tadisional mereka. Kami sempat menyewa  Hanbok semasa berjalan ke Namsan Village ni. Puas kami berposing dan bersiar-siar di kawasan ini.



berbaju hanbok di Namsan Village

Selepas itu, kami pergi ke Namsan Tower dengan menaiki bus. Tempat ini wajib pergi sebab dia macam menara KL Tower kita tuh. Dekat atas Namsan tu, anda akan dapat melihat bandar Seoul yang pesat membangun. Ada 2 pilihan untuk mendaki ke Namsan iaitu menggunakan kereta kabel atau jalan kaki. Jadi pilihan saya mestilah jalan kaki untuk jimatkan duit. Hahaha. Dekat atas tu ada banyak banyak kedai dan tempat love lock. Tempat love lock ada dalam drama korea macam cerita Boys Over Flowers tak silap lah. Sempat juga kami membeli hot drink and churros. Huh, memang sedap minum panas-panas dalam cuaca yang sejuk.






Perut pun terasa lapar, jadi kami telah menuju ke Myeondong. Yeah! Myeondong terkenal tempat membeli belah kosmetik dan kawasan yang happening! Kami ke sana menaiki bus juga, kemudian jalan kaki dalam 15 minit untuk sampai ke restoran Yoogane. Oh ya, Yoogane ni sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia ke sana. Makanan yang selalu di pesan ialah nasi goreng sotong. Jangan risau tentang kehalalannya sebab dia akan masak depan kita. Perkakas masak periuk sudu yang digunakan memang khas untuk masak nasi goreng sotong je. Tapi kalau anda musykil juga so janganlah makan :) Bawa bekal je dari Malaysia. Selesai menjamu selera, barulah semangat untuk window shopping. Banyak kedai kosmetik dengan jualan yang sangat-sangat murah. Jauh harga dari Malaysia. Saya sempat shopping mask muka dari Face Shop dengan harga 10 000won(RM35) untuk 20 keping. Area sini memang best dan banyak street food yang dijual.







Selepas pusing-pusing di Myeondong, kami berjalan kaki ke Namdaemun. Dekat je Myeondong ke Namdaemun iaitu dalam 10 minit. Sudah sampai ke Namdaemun market kami pun jadi tak tentu arah sebab tengok banyak kedai jual barang murah. Semua benda ada jual dekat sini. Kalau anda nak beli tshirt i love korea dan cenderahati untuk keluarga dan kawan-kawan inilah tempat terbaik dan termurah. Saya beli tshirt i love korea 4 helai dapat 10 000won(RM35). Kalau dekat tempat lain sehelai 8 000won tau. Kalau anda nak beli brooch pun kat sini tau. Cari kedai nama E-lengdang. Kedai ini terletak di tingkat atas tau. Anda kena explore betul-betul. Memang cantik brooch batu swaroski ni. Sampai sekarang saya pakai tahan lagi.








Jam sudah pun menunjukkan jam 5 petang, jadi kami ingin bergerak balik ke hostel sebelum rakyat korea balik kerja. Sebelum baik tour guide kami yang baik hati telah membeli siap-siap makan malam kami. Jadi kami tapau makanan dan makan di dapur hostel saja. Selesai solat, mandi dan rehat, kami keluar lagi dalam jam 8 malam ke Dongdaemun. Saya ke sana untuk membeli kain cotton korea dan silk korea. Tapi hampa, sampai-sampai je dah tutup pasar tu. Jadi kami pun tukar plan mencari cafe untuk minum kopi. Heheheh, sini wajib minum kopi sebab sedap. Selepas itu barulah kami pulang ke hostel dan pack barang siap-siap untuk flight balik esok.


No comments: