Hari ketiga kami di HCM mengikut itineray yang saya buat ialah meronda-ronda dan melawat tempat bersejarah di bandar HCM. Kami mulakan pergi ke Bent Thant market di pagi hari pada jam 9 pagi. Tujuan kami adalah membeli-belah untuk kali terakhir sebelum kami berlepas esok pagi. Bent Thant market ni buka dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Selepas pusing-pusing di Bent Thant dan sekitarnya kami menaiki teksi pergi ke muzium perang iaitu Remnat War Museum HCM. Bagi saya tempat ini wajib pergi sebab anda akan mengetahui sejarah dan penderitaan rakyat HCM semasa perang Amerika dengan Vietnam yang penuh dengan penyeksaan dan kemiskinan. Semasa tunggu muzium ni buka sempat kami menikmati juice di restoran berdekatan. Kami memang tak order makanan sebab tak tahu kehalalan kedainya, jadi kami hanya minum air buah sahaja kerana sangat dahaga dengan cuaca yang panas. Dalam muzium anda akan dapat mengetahui banyak sejarah dan maklumat tentang kehidupan rakyat vietnam ini. Selepas melawat muzium, kami menaiki teksi Vinasun ke Saigon Post Office. Di kawasan ini banyak pelancong datang untuk mengambil gambar kerana susun atur bangunan yang ala-ala macam berada di Kota London. Puas kami mengambil gambar baru kami bergerak ke hotel menaiki teksi. Oh ya, saya ingatkan anda semua pergi ke sana teksi yang paling selamat adalah VINASUN!VINASUN! Jangan anda naik teksi selain itu kerana bahaya dan Scam menanti anda. BECA jangan sekali cuba nak naik pasti akan anda DI TIPU. Pada malamnya, kami hanya makan di restoran bersebelahan dengan hotel dan menghabiskan saki baki duit dong kami. Kopi vietnam wajib anda cuba sebab memang sedap dan kaw punya! Gambar di bawah
Bent Thant market
|
Bent Thant market |
Berehat menghilangkan dahaga di restoran |
Pintu masuk muzium |
Baca map |
Yes Kapten |
Kawasan penjara dan tempat penyeksaan. SERAM! |
Gambar di dalam muzium perang |
Pintu masuk post office |
Dalam post office |
Tiap kali naik teksi kami akan tangkap nombor teksi untuk keselamatan kami
|
Hari keempat kami adalah masa untuk bersiap ke Airport, Flight baik ke Malaysia dalam jam 8 pagi.
Selamat tinggal Ho Chi Minh!!
No comments:
Post a Comment