Monday 18 July 2016

Travel to Ho Chi Minh (Vietnam) Part 1

Assalammualaikum semua,

Kali ini saya pergi bercuti ke Ho Chi Minh,Vietnam di mana tempat membeli belah yang paling murah katanya. Saya terbang ke sana menggunakan Air Asia yang sentiasa menjadi rebutan ramai. Saya bercuti ke sana bersama sepupu pada 2/6/2016 hingga 5/6/2016. Kami bertolak pada jam 3.00 petang dari KLIA 2 dan tiba di Saigon International Airport pada jam 5.00 petang.  Hotel yang kami menginap ialah Alagon Western Hotel.

Yeah touchdown sudah


Airport Saigon

Bandar HCM


Hotel kami menginap

Jalan-jalan di sekitar hotel


Gambar diatas hari pertama

Hari pertama di HCM tak banyak yang kami lakukan di sebabkan sampai pun sudah lewat. Sejurus check-in hotel terus kami keluar balik untuk pergi ke Bent Thant Market. Wowww, masa pertama kali saya masuk ke market tersebut memang meriah dan banyak kedai yang menggodakan. Penuh kain-kain dan bermacam benda dalam pasar itu. Selepas mencuci mata, kami pergi mengisi perut yang lapar di kedai Hajah Basiroh. Makanan yang saya oder ialah mee sup daging vietnam. Erm, rasanya tak sedap bagi aku lah. Harga saya makan minum malam pertama dalam 100 000 dong. Sudah selesai makan malam, kami sambung berjalan lagi di sekitar bawah hotel dan pasar malam. Setelah survey harga barang kami pun naik ke bilik dan tidur.


Dalam van untuk ke sungai mekong



Pemandangan kampung



Sudah sampai jeti sungai mekong

Melawat tempat membuat gula-gula kelapa

Menaiki kereta kuda

Menikmati teh dan madu asli








Menaiki sampan





Selesai pengembaraan di sungai mekong


Tokong Buddha 




Menikmati makan malam di restoran kampung melayu


Gambar diatas adalah hari kedua

Hari kedua pula, kami bangun awal sebab akan pergi tour ke Sungai Mekong. Kami ambil pakej tour dengan Hajah Basiroh dalam harga RM85. Dekat sana boleh guna duit Malaysia untuk membeli kecuali transport dan makan sahaja menggunakan dong. Perjalanan ke Sungai Mekong mengambil masa 2 jam. Kami melalui kawasan kampung dan sawah padi sepanjang perjalanan. Tak terasa lama sebab menikmati keindahan negara orang. Sampai di jeti Sungai Mekong kami menaiki bot yang di sediakan. Tour guide kami sentiasa menerangkan info tentang Sungai Mekong. Sungai yang luas ini mereka ada sediakan tempat tarikan pelancong seperti pulau-pulau yang dibahagikan . Kami melawat pulau kelapa dimana kilang kelapa untuk membuat gula kelapa. Memang tradisional sangat alatan mereka ini. Kami di bawa menaiki kereta kuda dan jalan-jalan di kampung Sungai Mekong. Banyak aktiviti yang kami lakukan sehinggalah ke petang. Perkara yang seronok ialah menaiki sampan mereka Bagaimana mereka bersusah payah untuk mendapat duit dengan mendayung sampan tak kira tua atau muda perempuan atau lelaki. Kami tiba di kawasan hotel pada jam 6 petang. Terus kami masuk ke bilik untuk solat dan rehat. Pada waktu malam kami pergi ke Restoran Kampung Melayu untuk makan malam. Selepas makan malam, kami berjalan di sekitar hotel membeli barang yang berkenan di hati. Setelah puas membeli barulah kami masuk ke hotel dan tidur.












No comments: