Sambungan entry Seoul part 2
Aneka cenderahati |
Kedai yang boleh cakap melayu(kuih kkultarae) |
Kedai cenderahati |
Melihat kedai-kedai |
Kawasan love letter |
Duduk berehat |
Muka happy |
Jalan-jalan |
Deretan kedai makan |
Sempat juga posing |
Sini barang-barang semua comel-comel |
Lukisan di Insadong |
Santai borak-borak |
Fokus update gambar dekat ig.haha |
Terbaik |
Kalau korang nak minum kopi lepak la dekat kedai angle-in-us |
Sudah rehat sebentar di unversiti kami teruskan 'window shopping' kedai-kedai berhampiran. Memang menawan kalbu fesyen-fesyen dan style baju yang mereka jual. Aku memang dah merancang hendak beli baju sejuk di sini so dapatla juga rembat sehelai dengan harga 42 000 won. Bagi aku 42 000 won tu macam ala-ala rm42 tapi kalau tukar kepada currency sekarang harga dalam rm100 lebih. So, bila shopping dekat sana janganlah convert ye.
Pelajar baru pulang kelas |
Belakang tu main Ehwa Women Universiti |
Belah kanan ialah perpustakaan |
Ehwa women university |
Betapa bangga dapat jejak kaki ke sini |
Lepas sudah berjalan perut kami pun lapar. Alya bawa kami di restoran Korea yang jual nasi albab(nasi telur ikan) harga dalam 6 500 won. Huh memang sedap. Ada pilihan samada tak nak pedas, pedas dan sangat pedas. Kami memilih pedas jela takut-takut pedas sangat mau ke tandas pula. Seperti biasa memang akan disediakan banchan(side dish) dan air kosong.
Street |
Tempat beli belah |
Nama makanan ini ialah Albab |
Kena gaul dulu |
Bila sudah kekenyangan kami pun beredar dari restoran tersebut. Ingat nak balik ke hostel terus tapi masing-masing nak jalan-jalan lagi. Jadi kami pun 'window shopping' lagi. Kali ini kami balik ke hostel dengan menaiki subway dengan sendirinya tanpa Alya. Jadi Alya sudah siap-siap beritahu kami mana train,line,exit nak ambil. Aku pun dengan yakinnya berpandukan arahan dia bagi bincang dengan group untuk cari jalan pulang sama-sama. Sebenarnya senang je nak guna subway(train) cuma kena fokus jela. Tapi kami sedikit keliru untuk exit bila sudah sampai stesen Jongno 3 ga. Banyak sangat exit sampai sudah keliru. Well, exit ni macam jalan keluar dari stesen subway ke jalan raya. Keluar mana-mana pun boleh cuma kalau salah keluar korang punya perjalanan ke penginapan akan jauhlah. Macam kami patut exit 3 sebab jalan ke hostel dalam 10 minit je. Tapi dah tersalah keluar exit 9 jadi kena jalan jauh untuk ke hostel dalam 20 minit macam tu.
Dalam subway untuk pulang |
Masih boleh senyum |
No comments:
Post a Comment