Monday 11 April 2016

Seoul Korea Part 2(Gwanghwamun Square, Gyeongbokgung Palace & Cheonggyecheon Stream)



Korea ke kita...

Untuk entry kali ini perlu buat pembahagian tempat sebab hari kedua banyak tempat pergi.

Hari kedua di bumi sonata dengan cuaca yang sangat sejuk dan udara yang segar. Kami bangun untuk sarapan pagi di hostel. Tak perlu risau kerana sarapan sudah disediakan di hostel seperti roti, jem dan telur. Jika anda rajin bolehlah masak nasi kerana mereka sediakan juga beras dan boleh masak sendiri. Jongnowon hostel memang friendly muslim kerana perkakas dia khas untuk muslim masak dan makan. So, tak perlu risau dah bab makan.
suasana pagi di kawasan hostel

Selesai sarapan, kami pergi menaiki subway untuk pergi ke Gwanghwamun Square. Dataran Gwanghwamun ini ada tugu Raja Sejong. Nak tahu siapa Sejong ni? Dia ialah orang yang memperkenalkan tulisan hangul Korea.
Gwanghwamun Square( patung belakang tu orang yang perkenalkan tulisan hangul) 
Berada di tengah kotaraya Seoul

                                                   

Menuju ke istana depan tu.

                                   

Di sana terdapat istana terbesar Seoul iaitu Gyeongbokgung. Tiket bayaran untuk masuk ke istana ini ialah 3000 won. Bagi saya istana ini wajib pergi sebab banyak tinggalan sejarah dan asal usul negara Korea. Istana ini sangat besar dan luas hingga rasa tak cukup masa untuk kami terokai semua. Banyak gambar kami tangkap di kawasan ini. Bagi saya semua tempat dekat-dekat dan best kalau berjalan kaki daripada naik subway.

Ramai pelancong melihat kawasan istana

Singgahsana istana

Dalam kawasan singgahsana

Penjaga istana yang muka serius je memanjang

Melompat dalam kawasan istana

taman dalam istana(macam dalam drama korea)

Berehat sebentar di bawah pokok taman istana
                               

Perkarangan istana(luas dan besar)



Selepas itu, kami bergerak ke sungai yang paling bersih di tengah bandaraya Seoul. Nama tempat itu ialah Cheonggyecheon Stream. Sungai ini dahulunya sangat kotor dan telah di bersihkan untuk menjadi tempat rehat dan beriadah penduduk Seoul. Kami pun berehat setelah penat berjalan dan menikmati keindahan sungai tersebut.


Posing sikit:)
                                           


Tempat wajib posing 
                                                   
Dalam jam 1 petang kami bergerak untuk mencari makan. Perut sudah berbunyi kelaparan, mana taknya kerja kami berjalan sahaja naik tangga turun tangga. Kami makan makanan korea yang semua berasakan sayur dan seafood. Semua makanan dihidangkan sedap dan habis kami makan sebab lapar sangat. Oh ya, semua makanan yang kita order memang akan disediakan side dish seperti kimci, pickle dan sup. Air pula memang minum air kosong jela. Bajet makan lunch kami seorang ialah bawah 6 500 won.

Nasi bimbibap,SEDAP

Nasi putih + sotong masak pedas, SEDAP

                                                       






No comments: