Korea ke kita..
Pada 27 Mac 2016 saya dan rakan-rakan telah berkesempatan menjejakkan kaki ke bumi winter sonata. Kami telah bertolak dari KLIA2 pada jam 8.00 pagi dan sampai ke Incheon Airport pada jam 3 petang. Suhu semasa kami sampai adalah 9 darjah celcius lagi pula baru musim peralihan ke musim bunga. Memang kami sudah merancang untuk pergi pada musim bunga.
|
beli tiket bas untuk ke tempat penginapan |
Perasaan seronok dan teruja memang tidak dapat dinyatakan. Kami bertemu tour guide iaitu Natasya pelajar Malaysia yang belajar di sini. Kami mengambil pakej tour guide style backpacker yang menggunakan sepenuhnya pengangkutan awam di Seoul.
|
Baru sampai di Incheon airport |
|
Suasana malam di kawasan hostel, |
|
Aneka jenis air. Air banana memang faveret. Harga 1300 won |
Selepas makan, kami jalan-jalan di sekitar hostel
kami. Cuaca yang sejuk dan nyaman memang melegakan walaupun penat. Kami singgah di kedai GS25 untuk beli air banana,kopi dan t-money. Natasya belikan kami t-money yang dalamnya ada nilai 10 000 won untuk kami menaiki subway dan bus di sini. Hari ini saya telah menggunakan 5 300 won beli air banana dan kopi.
Setelah selesai semua kami pun pulang ke hostel dan tidur.
5 comments:
daebak. hehe
HEHEHEH...seronok bace...sambung lagi sambung lagi
HEHEHEH...seronok bace...sambung lagi sambung lagi
HEHEHEH...seronok bace...sambung lagi sambung lagi
i love u syg
Post a Comment