Tuesday 5 April 2016

Seoul Korea Part 1

Korea ke kita..

Pada 27 Mac 2016 saya dan rakan-rakan telah berkesempatan menjejakkan kaki ke bumi winter sonata. Kami telah bertolak dari KLIA2 pada jam 8.00 pagi dan sampai ke Incheon Airport pada jam 3 petang. Suhu semasa kami sampai adalah 9 darjah celcius lagi pula baru musim peralihan ke musim bunga. Memang kami sudah merancang untuk pergi pada musim bunga.


beli tiket bas untuk ke tempat penginapan

Perasaan seronok dan teruja memang tidak dapat dinyatakan. Kami bertemu tour guide iaitu Natasya pelajar Malaysia yang belajar di sini. Kami mengambil pakej tour guide style backpacker yang menggunakan sepenuhnya pengangkutan awam di Seoul. 

Baru sampai di Incheon airport
Dalam bus ke hostel


Jalan kaki ke hostel

                                     

Dari Incheon Airport kami menaiki bus lebih kurang 1 jam untuk ke tempat penginapan kami iaitu di Jongnowon Hostel. Harga tiket bus tak silap 15 000 won seorang tapi telah dibayar oleh tour guide kami. So tak payah keluarkan duit untuk transport dah. Kalau anda naik teksi bayaran ialah 60 000 won satu teksi. Sesampainya di Anguk Station, kami turun dari bas dan jalan kaki terus ke penginapan kami. Kami berjalan selama 20 minit dengan membawa beg bagasi dan mencari mana hostel kami. Pada pukul 7 petang waktu Korea kami sudah check in bilik dan rehat dalam 1 jam sebelum kami keluar untuk makan malam. Nasib baik ada Natasya sebab dia boleh tolong orderkan makanan untuk kami. Banyak juga makanan kami dan harga makanan untuk seorang dalam 5 500 won. Kami tak perlu keluar duit untuk makan sebab sudah masuk dalam pakej.


Hostel kami

Makan malam pertama bersama Natasya(pelajar Malaysia di Seoul)

Suasana malam di kawasan hostel,


Aneka jenis air. Air banana memang faveret. Harga 1300 won
Selepas makan, kami jalan-jalan di sekitar hostel
kami. Cuaca yang sejuk dan nyaman memang melegakan walaupun penat. Kami singgah di kedai GS25 untuk beli air banana,kopi dan t-money. Natasya belikan kami t-money yang dalamnya ada nilai 10 000 won untuk kami menaiki subway dan bus di sini. Hari ini saya telah menggunakan 5 300 won beli air banana dan kopi. 

Setelah selesai semua kami pun pulang ke hostel dan tidur. 

5 comments:

YaNaza said...

daebak. hehe

ICT DIHUJUNG JARI said...

HEHEHEH...seronok bace...sambung lagi sambung lagi

ICT DIHUJUNG JARI said...

HEHEHEH...seronok bace...sambung lagi sambung lagi

ICT DIHUJUNG JARI said...

HEHEHEH...seronok bace...sambung lagi sambung lagi

Unknown said...

i love u syg