Thursday 22 November 2012

Kasih Saudaraku

Assalamualaikum


Alhamdulilah kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup dengan nikmat yang Allah berikan.Semasa isu hangat yang diceritakan iaitu Palestina ini saya telah banyak membaca maklumat dan info daripada pihak Islam dan juga Israel.Betul,kita adalah dari fahaman yang sangat berbeza. Bagi pihak Israel, kita adalah pengganas dan menggunakan orang awam untuk mendapatkan simpati. Mereka menyalahkan Hamas diatas segalanya.Bagi pihak Islam, kita berjuang mempertahankan tanah air Palestin,Majidil Aqsa dan Islam.Ingin saya beritahu pada pihak zionis Israel,MUSLIM IS NOT TERRORIST!mereka(Israel) telah ditipu hidup-hidup oleh media massa mereka sendiri. Sungguh hebat Tel Aviv menipu dan menfitnah umat Islam untuk menutup kesalahan.


Ada satu hari saya memberi maklum balas kepada warga yahudi ini supaya berfikir diantara penduduk Gaza dan Israel mana yang banyak terkorban.Dan beliau menjawab penduduk Gaza yang terkorban hanya 6 ORANG SAHAJA dan  gembira dengan tentera mereka yang mempertahankan diri menggunakan teknologi canggih.Huh,marah saya dibuatnya tapi kita sebagai umat Nabi Muhammad tidak perlu cepat melenting,berdakwah bukan senang dan kita lakukanlah dengan kelembutan yang agama Islam ajarkan kepada kita. Hidayah Allah tidak boleh dapat sewenang-wenangnya.


Saya sebenarnya kasihan kepada mereka kerana hidayah Allah tidak sampai lagi. Kebenaran itu bukan boleh dilihat dengan mata sahaja tapi gunalah mata hati dalam mencari keadilan dan kebenaran.Sungguh kasihan saya lihat warga yahudi ini tapi apakan daya saya berdoa pada Allah agar memberinya hidayah sebelum beliau mati dalam kekufuran.Semakin hari cintaku mekar untuk penduduk Gaza, walaupun kita tidak pernah berjumpa apatah lagi bercakap tapi kekuatan ukhwah Islam sentiasa hidup dalam hati saya.


Wahai penduduk Gaza,doaku sentiasa untukmu bukan hari ini sahaja tapi selamanya kerana saya takut nanti di akhirat Allah akan mempersoalkan apa yang saya lakukan untuk saudaraku yang ditindas.In Shaa Allah, satu masa nanti saya juga ingin menyumbang untukmu Palestina dari segi kewangan dan tenaga.Dan beruntunglah kamu Palestina kerana terpilih melalui ujian ini oleh Allah. Bumimu terpilih untuk menjadi ahli Syurga kelak. Sungguh, saya pun tidak setabah dan secekal kamu yang mampu melihat insan tersayang syahid di depan mata dan ribaanmu. SubhanaAllah!!Saya di sini pun mengalir air mata melihat segala yang terjadi dan IMANKU juga tidak semantap dan sekuat tentera Hamas.Allahuakbar!!


Salam sayang dan cinta untukmu PALESTIN




No comments: