Tuesday 25 December 2012

Bukan Fakir Harta

Dalam mengenal Pencipta, aku ikhlaskan diri menjadi hamba yang fakir.Aku menyembahMu dengan kudrat dan nikmat yang Kau berikan. Aku mengambil masa dalam waktu semua manusia nyenyak melayari mimpi, aku bangun dalam mencari 'Siapakah Allah Dalam Hatiku'?

Dari saat kelahiranku, namaMu telah aku dengar sewaktu ayahku mengazankan aku.Bersyukur kerana aku telah dipilih untuk lahir ke dunia ini. Disaat aku belajar merangkak,bermain,berjalan dan sebagainya Allah memberiku kedua ibu bapa yang mengasihaniku.Waktu diriku sakit,Dia telah mengirimkan malaikatNya menebus dosaku. Itu pun masih lagi aku kufur pada nikmatnya. 

Disaat aku merungut tentang takdir, Dia masih membantuku dan menyayangiku. Aku pula terus sombong dengan apa yang aku ada.Aku malu padaMu,aku lupa padaMu. Dalam aku hilang keyakinan diri, Dia tidak pernah meninggalkan aku. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang. 

Aku menangis keseorangan dalam gelap tapi cahayaNya sentiasa menerangiku. Hatiku disinar cahaya keinsafan dan hidayahMu. Sesuailah dengan namaku 'Nurul Farihin'. Walau dimana aku berada, aku tetap menyembah Tuhan yang sama.

Dikala aku marah dan geram dengan jalan hidupku, Dia menghadiahkan aku berita gembira. Itu pun aku masih alpa,kenapa???oh betapa hinanya aku disisimu Ya Allah. Dia masih memberi rezeki dan memberi peluang untukku bertaubat.

Disaat aku jatuh tersungkur, Dia menghadirkan aku seseorang yang dapat menarik tangan dan memapahku hingga aku bangkit dengan penuh keyakinan.Itulah Tuhanku yang aku cintai iaitu Allah.
Aku sedar sejauh mana aku menolak, Dia telah merancang hidupku dengan sempurna berbanding perancanganku sendiri.


Itulah aku,hamba yang fakir..T_T

No comments: