Monday 31 December 2012

Selamat Datang 2013

Bismillahirahmanirahim


Selamat datang tahun 2013, lagi berapa minit sahaja kita akan memulakan hidup di tahun baru ini.
Syukur pada Ilahi kerana dapat mengharungi hidup 2012 yang banyak rintangan dan dugaan yang datang menimpa.

Terlalu banyak suka duka di tahun 2012 dan semestinya gelak tawa teman-teman rapat sentiasa mengisi ruang hidup ini.Terima kasih buat teman-teman sekelas walau dimana anda berada.Dan ini juga semester terakhir kita bersama wahai teman-teman Uitm Batch Stapedius. Semoga kita akan berjaya dalam hidup masing-masing kelak.

Sedihnya meninggalkan tahun 2012 yang penuh dengan warna-warna kehidupan.Itu semua banyak mengajarku dan memberi pengalaman yang baru.Ayuh membuka buku baru dan lembaran kehidupan yang masih jauh lagi.

Di tahun 2013 banyak perancangan yang ingin dicapai. Jikalau semua orang sibuk untuk berkahwin tetapi aku tidak.Sudah tentu belum lagi ke arah kerana banyak lagi bakti yang ingin aku berikan.Ingin sekali hajat tahun baru untuk menunaikan umrah. Aku yakin pada ketentuan Ilahi bahawa tidak semestinya apa yang kita inginkan akan tercapai.

Selamat tahun baru 2013 buat manusia sejagat!!

2 comments:

Anonymous said...

Sambung degree. =)

Nurul Farihin said...

siapa anonymous?