Monday 5 November 2012

Sarawak

Assalammualaikum

Cuti semester kali ini saya telah melawat ke Kuching,Sarawak.Banyak tempat yang hendak dilawati tapi masa sangat mencemburui.Memang seronok berada di sana dengan keluarga tercinta.Tempat paling 'best' ialah ke Santubong iaitu Sarawak Cultural Village.Pertama kali masuk saya sangat teruja dapat melihat kaum-kaum pribumi Sarawak yang menyambut kedatangan pelancong dengan tarian tradisional masing-masing.
Terlalu banyak pengalaman yang saya perolehi terutama masuk ke dalam KFC yang semua pekerjanya adalah bisu dan pekak.Oh,sangat memberi tekanan untuk 'order' makanan dengan hanya bergantung dengan gambar sebab saya tidak tahu bahasa isyarat!!erm memang bagus sebab mereka memberi peluang pada orang kurang upaya ini untuk bekerja sesama mereka,jarang kita nak jumpa KFC yang mengambil orang kurang upaya bekerja di Semenanjung.
Memang jauh berbeza keadaan Semenanjung dengan Sarawak dan betapa susahnya nak beza orang Melayu(Islam) dengan kaum pribumi yang lain.Apapun kita adalah 1Malaysia..(^_^)

di airport

pemandangan sarawak dari udara

budak yang kuat makan

breakfast first
                                     
ottoke ottoke

selamat datang

orang ulu sarawak

aku adikmu
kraftangan

pakaian kaum bidayuh

bersama orang ulu
rumah kaum iban

saya suka
belajar menyumpit

di waterfront
                                       
cukuplah ini sahaja untuk tatapan..;)

No comments: