Friday 9 November 2012

Usahaku Kejayaanku

Assalammualaikum


Alhamdulilah!!sekali lagi DIA memberiku nikmat dan rezekinya. Aku tidak akan pernah merungut kerana aku tahu DIA telah menjanjikan sesuatu yang bernilai untukku. Aku sedar permulaan hidupku tidak seindah orang lain tapi tiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Insyaallah,aku menunggu lagi satu sem yang terakhir diploma ini dan aku akan melanjutkan ke peringkat seterusnya hingga nafas aku yang terakhir. Usaha yang membawa aku ke kejayaan ini aku rasa sungguh berbaloi. Niat hati mengharapkan biasiswa yang dapat membantu aku melanjutkan pelajaran ke England(kononnya) tapi memandangkan terlalu awal untukku ke sana Malaysia juga tempatku

Ada rezeki akanku teruskan juga keinginan aku. Tak sabar rasanya untuk semester terakhir. Aku tak pernah keseorangan kerana diriku sentiasa dalam lindungan DIA. Insyaallah akanku berubah menjadi lebih baik untuk semester akan datang.

       
 Ya ALLAH,
  Dengan rezeki dan nikmat yang Kau berikan 
  Jadikanlah aku manusia yang tahu bersyukur
  Jauhilah aku dari perasaan bongkak dan riak dengan kejayaan ini
  Tambahkanlah ilmu-ilmuku sepertimana air laut yang tidak berkurang
  Semoga kejayaan ini dapat diteruskan untuk aku memperjuangkan agamaMu 
  Amin







               

No comments: