Tuesday 11 June 2013

Tanyalah Hati

Assalammualaikum


Wahai manusia yang punya hati selembut sutera macam daku, apa khabar dikau? daku harap dikau baik-baik sahaja. Bagaimana hubungan dikau dengan pasangan?daku harap baik-baik sahaja. Maaflah daku sudah lupa untuk bercinta kerana terlalu taksub mengejar keinginan dan kekuatan diri.

Daku berharap jika hati daku berdebar melihat dikau,maka aura dikau akan menyerap ditubuhku. Tapi tidak semudah itu, walaupun dikau sangat kacak bergaya gagah perkasa tidak semestinya daku akan tertarik.
Begitu pelik mainan hati tapi itulah kenyataan. Seperti juga wanita yang cantik lagi jelita tapi tidak semestinya menjadi pilihan dikau.

Hai hati bagaimana daku boleh jatuh cinta tergolek-golek. Daku mohon pada dikau-dikau tolonglah selamatkan daku daripada setan-setan yang jahat. Daku ingin dikau yang boleh membawa daku ke jalan yang diredhai Pencipta. Bukan ustaz atau alim ulama tapi hanyalah insan berhati mulia. Jangan tanya mengapa daku menyintai menyayangi dikau, kerana tiada sebab yang paling jelas untuknya.

1 comment:

Anonymous said...

cinta itu hakmilik Allah.