Friday 13 December 2013

Hakikat Cinta



Assalammualaikum


Cinta yang Agung adalah ketika kita masih mahu menitiskan air mata dan kita masih peduli terhadap seseorang, ketika dia sudah tidak mahu mempedulikan kita lagi. Sedangkan kita masih sanggup menunggunya dengan setia. Dan ketika dia sudah mulai mencintai dan memilih orang lain, kita masih mampu tersenyum lalu berkata "Aku turut bahagia untuk kebahagiaanmu". Ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang, bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita. Akan tetapi kerana kita menyedari bahawa orang itu lebih bahagia apabila kita rela melepaskan kepergiannya. Ada saatnya kita merasa bahagia ketika kita mendapatkan cinta. Ada saatnya pula kita harus mengikhlaskan hati ketika kita kehilangan cinta. Demi bahagianya, kenapa kita tidak berusaha untuk mengikhlaskan saja kepergiannya? Semoga kau lebih menghargai apa yang ada sebelum terlambat.

1 comment:

Anonymous said...

Ikhlas memang ikhlas,tapi ada kalanya rindu itu masih ada. Selagi Allah masih memberi rasa itu, apalah kita manusia yang lemah ini mampu lakukan? Hanya perlu sabar dan perbaiki apa yang kurang. Nak nangis bole tak?