Monday 2 July 2012

Jar of Hearts

Assalammualaikum


Kawan, aku memahami perasaanmu kerna aku juga telah mengalaminya.
Kawan, aku tahu betapa peritnya melihat insan yang kau sayang tidak mempercayaimu
Kawan, kehilangan itu mengajar kita bahawa hargailah insan yang berada di sekelilingmu
Kawan, serpihan kaca boleh dicantumkan semula tapi serpihan hati perlukan penggantinya
Kawan, dalam senyummu ku lihat dukamu
Kawan, dalam dukamu ku lihat tangismu
Kawan, aku harap engkau tabah atas segalanya
Kawan, buangkan egomu kerna aku tak ingin kau menipu dirimu
Kawan, menangislah kerna itu bukan satu kelemahan tapi satu kekuatan
Kawan, kekuatan itu datang dari dirimu dan mintalah petunjuk dari-NYA
Kawan, aku hanya dapat membantumu dengan nasihat selebihnya engkau yang tentukan
Kawan, aku tidak mungkin sekuat kau tapi aku bangga kerna kau sudah mencapai puncak kebahagiaan
Kawan, doaku sentiasa mengiringimu
Kawan, doakan untuk kebahagiaanku juga


1 comment:

whenmyheartspeak said...

time kaseh coenn .. hehehe.. :)