Wednesday 7 March 2012

Sayam

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa pada taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMU,
telah berpadu dalam membela syariatMu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya.
Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalanMu.
 

Cinta.. Tak mengapa saat ini kita jauh,
kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya
Kerana itu jauh lebih bererti.. Jauh lebih abadi
Kerana ku yakin… Janji Allah adalah pasti, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik
Seperti inilah ku mencintaimu….. Dengan menjaga kesucian diri,  jiwa dan hatiku
Hanya untuk ku persembahkan padamu kelak
Oleh Kerana itu cinta…. Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku.
    
           Ya Allah..aku menangis..aku merintih hanya padaMu
          Bantulah diriku mengahadapi semua ini kerana aku hamba
          yang sangat lemah dan daif
          Aku bersujud menyembahMu dikala ku kekecewaan 
          akibat perbuatan manusia
          Betapa kerdilnya aku dan dosanya aku melalaikanMu
           
          ~ Ya Rabb… PadaMu ku curahkan cintaku padanya~

1 comment:

syameemimis said...
This comment has been removed by a blog administrator.